Kesan Makanan Terhadap Tingkah Laku Kanak-Kanak - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Saturday, April 15, 2017

Kesan Makanan Terhadap Tingkah Laku Kanak-Kanak


Sekarang ini, kita lihat sikap pelajar sekolah telah berubah secara drastik jika di bandingkan dengan dahulu. Sikap pelajar sekarang lebih agresif tanpa dapat dikawal oleh guru. Apakah kesan makanan terhadap sikap pelajar? 

Menurut https://wholenewmom.com, satu eksperimen mengenai kesan makanan ke atas tingkah laku yang dijalankan oleh The Food Hospital mendapati keputusan yang mengejutkan. Makanan ketika parti (party food) penuh dengan gula, pewarna tiruan dan bahan tambahan lain mempunyai kuasa untuk menukar tingkah laku kanak-kanak kepada kelakuan buruk dan menyebabkan anak muda lebih agresif secara fizikal. 


Hasil daripada eksperimen tersebut membuktikan bahawa makanan mempengaruhi tingkah laku kanak. Cuba kita lihat permakanan murid sekolah, kebanyakkan dari mereka memakan makanan yang tidak sihat seperti air soda, makanan segera dan sebagainya. Hal ini boleh mempengaruhi tingkah laku mereka. 

Tiga perkara yang paling merisaukan tentang makanan

1. Pewarna tiruan
2. Gula
3. Sodium benzoate (bahan pengawet)

Sebagai ibubapa, guru dan orang awam adalah penting untuk menyebarkan tentang bahaya pewarna tiruan, gula dan bahan pengawet dalam makanan kepada murid-murid. Hal ini dapat mengelakkan tingkah laku murid yang terlalu agresif. 


Huzaini Ismail

Baca Lagi di WholeNewMom



No comments:

Post a Comment