Teknik Menjawab Sains: Pembolehubah - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR




Saturday, January 7, 2017

Teknik Menjawab Sains: Pembolehubah






TEKNIK SAINS KERTAS 2: CARA-CARA MENGENAL PASTI PEMBOLEH UBAH

.
Pemboleh ubah boleh dikenal pasti melalui:
1. Graf
2. Jadual
3. Ayat
4. Gambar

l

a) Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Melalui Graf.

1. Paksi melintang biasanya mewakili pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dan nilainya selalunya diubah dengan kala yang tetap seperti tahun, jenis model dan masa.

2. Paksi menegak adalah Pemboleh ubah Bergerak balas (PB) biasanya nilai berubah dan merupakan hasil yang di seperti bilangan dan jumlah sesuatu objek..





a) Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Melalui Graf.
1. Paksi melintang biasanya mewakili pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dan nilainya selalunya tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah Pemboleh ubah Bergerak balas (PB) biasanya nilai berubah seperti bilangan dan jumlah sesuatu objek..




b) Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Melalui Jadual 

Pada umumnya, kita boleh mengenal pasti pemboleh ubah seperti berikut:

• Biasanya dalam jadual menegak, apa yang diukur (PB) adalah pada kolum yang akhir.
• Bagi jadual berbentuk menegak, untuk menentukan sama ada kolum 1 atau 2, apa yang diubah (PM) atau apa yang ditetapkan (PDM) kita perlu melihat data yang diberikan.
• Jika datanya tidak sama maka kolum tersebut adalah apa yang diubah (PM).
• Jika datanya sama maka kolum tersebut adalah apa yang ditetapkan (PDM).
• Begitu jugalah bagi jadual berbentuk melintang, apa yang diukur (PB) adalah pada baris yang akhir.
• Untuk menentukan sama ada baris 1 atau baris 2, apa yang diubah (PM) atau apa yang tetap (PDM) kita perlu melihat data yang diberikan.
• Jika datanya tidak sama maka baris tersebut adalah apa yang diubah (PM).
• Jika datanya sama maka baris tersebut adalah apa yang ditetapkan (PDM)













No comments:

Post a Comment