Maklumat Berkaitan Program Penajaan Kepada PPP, KPM



Sumber: KPM
Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017. Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.
Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang. Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian secara berperingka sebelum iklan penawaran dikeluarkan. Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon  bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.
Sekian, terima Kasih.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
BilTajuk 
1Pengenalan Program Penajaan Muat Turun
2Syarat-syarat HLPMuat Turun
3Syarat-syarat CBBP TBMuat Turun
4Syarat-syarat HLPSMuat Turun
5 Syarat-syarat CBTG TBMuat Turun
6Jenis-jenis Penyakit KronikMuat Turun
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url