Koleksi Resepi Ayam Dari Coach Lisa

Koleksi resepi ayam yang boleh dicuba untuk proses diet. Resepi ini diperolehi dari facebook Coach Lisa

Terima kasih Coach Lisa yang sudi berkongsi. Semoga bermanfaat. SHARE info ini..Jangan Lupa like facebook Coach Lisa



SUP AYAM

Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam
5 biji bawang merah (di hiris nipis)
3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1/2 halia (di hiris nipis)
3 biji kentang
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
Garam
Sup bunjut
Minyak

Cara menyediakan:
1) Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris tadi. Tumis sehingga garing.
2) Setelah garing, masukkan ayam dan sedikit air serta garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.
3) Selepas itu, masukkan sup bunjut dan kentang yang di belah empat. Tambahkan lagi air dan biarkan sehingga kentang empuk.
4) Bila dah masak tutup api dan hidang untuk dimakan bersama nasi panas.
5) Nak lagi sedap, taburkan daun sup dan bawang goreng.


RESEPI NASI AYAM REBUS

Bahan-bahan
• 4 cawan nasi yang sudah di tanak
• 5 ulas bawang putih (dicincang)- halia
• 1 setengah inci di potong dadu kecil-
• 1 kilo dada ayam-
• 2 ulas bawang besar
• 1 batang lobak merah di potong dadu besar-
• sedikit daun bawang
Cara-cara
1. Masukan air ke dalam periuk 2500 ml beserta dengan 2 ulas bawang besar dan 1 batang lobak merah yang telah d potong dadu tadi.
2. Apabila air renehan sudah mendidih masukan dada ayam tadi tunggu sehingga dada ayam itu masak dalam pada itu sesuaikan rasa dengan garam dan penambah perasa
3. Untuk nasi panaskan kuali dan masukan 6 sudu makan mentega
4. Apabila sudah panas masukan bawang putih dan halia yang telah di cincang tadi.
5. Tumis sehingga naik bau dan masukan 4 cawan nasi gaul sehingga sebati dan sedikit kering lalu
6. Masukan 2 cawan air renehan dada ayam tadi gaul lagi sehingga renehan itu menyerap kedalam nasi itu.
7. Apabila siap nasi boleh dihidangkan dan letakkan daun bawang yang di hiris kecil diatasnya sebagai hiasan
8. Dada ayam yang telah direbus itu diangkat dan potong mengikut suka letakan minyak bijan dan kicap cair
9. Pindahkan air renehan kedalam mangkuk besar dan nasi ayam rebus sarawak sedia di hidangkan...
10. P/S: untuk sos tumiskan cili kering masukan sedikit belacan beserta asam jawa gaul hingga sebati dan masukan sedikit gula..


RESEPI AYAM BBQ

Bahan-bahan
• ayam
• madu atau gula
• sos bbq
• sos westershire
• sos tiram
• butter (untuk digunakan dlm proses barbeku)
Cara-cara
1. Perapkan ayam bersama madu (atau gula), sos bbq, sos westershire dan sos tiram. Setelah ayam diperap, bolehlah barbeku.
2. Tips: Jika mahu ayam cepat masak waktu barbeku, rebus ayam hingga separuh masak sebelum diperap. Selamat mencuba!


RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT

Bahan-bahan
• 1 ekor ayam - dipotong
• 1 cawan yogurt asli
• 3 sudu makan minyak zaitun .
• 2 sudu makan jus lemon
• Garam secukup rasa
• 2 sb gula
• 1 sudu makan serbuk cili
• 1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
• 1/2 susu jintan halus - ditumbuk
• 1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
• 1 sudu makan lada hitam kasar
• 1 inci halia - ditumbuk halus
• 1/2 sudu serbuk kunyit
• 2 batang serai di ketuk - saya tumbuk bersama halia

Cara-cara
1. Ayam di rebus terlebih dahulu separa masak. Semasa merebus tu, letakkan seulas bawang putih, 1inci halia yang diketuk.
2. Satukan kesemua bahan dan lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam. Lagi sedap perap semalaman.
3. Susun atas dulang pembakar dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak dan garing lebih kurang 50 minit bergantung pada oven masing masing.
4. Bila kelihatan ayam sudah masak dan sedikit garing. Angkat ayam dan siap dihidang.


RESEPI AYAM TANDOORI PITA

Bahan-bahan
• 4 keping roti pita.
• 2 keping isi ayam (bahagian dada) 
• Bahan untuk perap.
• 2 sudu besar cili flakes (pedas ikut suka).
• 1 sudu besar yogurt (yogurt perisa asli).
• 2 sudu besar ketumbar + jintan yang dikisar kasar.
• 1 sudu besar garam masala. 1 sudu k
Cara-cara
1. Perapkan isi ayam sebaik-baiknya 1 jam sebelum masak.
2. Ketumbar + jintan (ketumbar, jintan manis & jintan putih) di cuci, tos & bakar seketika dalam oven, kemudian kisar kering.... biar kisar kasar je... sedap apabila tergigit rempah tu.
3. Selepas 1 jam, bakar ayam dengan suhu 180 darjah celsius selama 45 minit.
4. Setelah masak, hiriskan isi ayam ikut selera sendiri (nak hiris tebal atau nipis).
5 Panaskan roti pita seketika dalam pan tanpa minyak. .
6 Belahkan roti pita, sumbatkan isi ayam yang telah dihiris bersama salad, tomato & timun.
7 Sedia untuk dimakan.


RESEPI AYAM STEW VERSI RICE COOKER

Bahan-bahan
• 2 ketul ayam
• 2 biji kentang 
• sup cendawan campbell
• garam secukup rasa
• 1 sudu minyak masak
• 4 ulas bawang putih
• 1 ulas bawang merah
• 1 sudu besar lada putih/ hitam
• 1 cawan air

Cara-cara
1. Basuh ayam dan perap dengan campuran bawang putih yang dicincang serta lada putih yang telah dikisar serta sedikit garam.
2. masuk ke dalam peti ais dan simpan seketika
3. larutkan sup campbell's dengan air panas. panaskan minyak dan tumis bawang merah. 4.masukkan ayam yang telah diperap dan kentang yang dibelah
5. tunggu sehingga rempah pada ayam diperam berbau wangi. masukkan sup campbell dan air. masak sehingga mendidih...


RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan
• 3 @ 4ketul ayam-lebih senang ambik bhgian dada,potong kecil2 ikut saiz kesukaan
• 10 btg kacang panjang-potong 3cm
• 7@8 ulas bawang putih-dicincang halus
• 1biji bawang besar -dihiris
• 2 batang cili merah-potong menyerong
• Serbuk kunyit ,serbuk kari & sedikit garam-lumurkan pd ayam
• Minyak secukupnya
• Lada sulah.
Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan dilumurkan dgn serbuk kunyit,kari dan garam.
2. Panaskan minyak,(tak perlu banyak2,dlm 3 sb...ikut kuantiti ayam)goreng bwg putih yg dicincang tadi hingga kekuningan,garing dan naik bau aromanya.
3. Masukkan ayam ,goreng hingga sedikit garing dan masak.
4. Masukkan kacang panjang,bwg besar,cili merah & sedikit lada sulah.Biarkan sekejap,hingga bawang layu & kacang bertukar warna,tp jgn sampai terlalu lama.Kacau rata & siap.


RESEPI PAPRIK
Bahan-bahan
• 1 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 biji lada kering
• 5 biji cili api
• sedikit kunyit hidup
• sedikit belacan
• sedikit kulit limau purut
• ayam di potong kecil
• 3 helai daun limau purut
• kacang panjang
• sedikit air asam jawa
Cara-cara
1. Blend bahan 1- 7 kemudian tumiskan.
2. Tambah ayam pastu letak gula melaka@gula dan daun limau purut
3. biar masak lps tu letak garam
4. Tambahkan air asam jawa,dan last baru letak kacang
5. biarkan sampai kering sikit dan siap


RESEPI AYAM PANGGANG BLACK PEPPER

• 1/2 ekor ayam
• 1/2 cawan sos lada hitam
• 1/2 cawan sos cili
• 3 sudu besar kicap pekat ABC
• 4 ulas bawang putih (kisar halus)
• 1 inci halia (kisar halus)
• Sedikit garam
• Untuk sos - 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas (kecuali tepung)
2. Kemudian, perapkan ayam dengan bahan perapan tadi selama 1 jam
3. Selepas itu, panggang ayam yang telah diperap selama lebih kurang 45 minit di dalam oven pada suhu 200c ataupun di atas pemanggang api.
4. Baki bahan perapan boleh digunakan untuk membuat sos. Campurkan baki bahan perapan tadi dengan tepung yang telah dicampur dengan sedikit air.
5. Kemudian, masak bahan sos di atas api sehingga pekat. SIAP.



RESEPI AYAM HERBA DAN TOMATO

1 biji bawang dihiris, saiz sederhana
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu kecil daun rosemary kering
½ sudu teh daun selasih kering
½ sudu kecil daun thyme kering
2 sudu besar minyak zaitun
450g tomato, toskan, potong menjadi kepingan saiz kecil
180g Heinz Tomato Ketchup
1 sudu besar gula perang
½ sudu kecil garam
lada putih secukup rasa
1.4kg kepingan ayam, yang sudah dicampur dengan air dan tepung jagung

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan herba bersama minyak di dalam kuali besar.
2. Kacau bersama tomato, Heinz Tomato Ketchup, gula merah, garam dan lada putih
3. Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih
4. Kecilkan api dan reneh sekali sehingga ia masak. Tutup kuali selama 45 hingga 50 minit atau sehingga ayam lembut
5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung sedikit dan air. Siap untuk dihidang






Previous Post Next Post