Kau mana tahu, kau bukan cikgu!



~ Kau mana tahu, kau bukan cikgu! ~
Aku nak buat kelas lewat malam khas untuk golongan ibubapa spesis manja ni.
Makin menjadi-jadi nampaknya perangai mengada-ngada ibubapa zaman sekarang. Sampai anaknya tidak dibenarkan untuk padam papan hitam. Anak mereka bukan orang gaji katanya. Anak mereka pelanggan, harus dijaga dengan baik dan dihormati kata mereka.
Eh ibubapa! Zaman sekarang ka, zaman dahulu ka, zaman purba ka, budak tetap sama. Mereka seronok sangat bila cikgu pilih mereka untuk padam papan hitam. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Kalau ditanya siapa yang mahu tolong padam papan hitam, berebut budak angkat tangan tahu tak? Sampai cikgu tak tahu nak pilih yang mana satu. Malah, kadangkala, sampai ada murid yang bergaduh dan merajuk. Sebab tak dapat padam papan hitam. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Eh ibubapa! Cikgu ini pun orang yang tahu adab dan susila. Murid yang tolong padam papan hitam pasti mereka ucapkan terima kasih. Walau pada murid berumur 7 tahun sedang sang gurunya berumur 50 tahun.
Kami ucap terima kasih, kerana tunjuk ajar kami bukan sekadar dalam buku teks sahaja. Kami didik hati dan perangai mereka sekali. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Kau kat rumah, suruh anak gaul simen pun kau tak ucap terima kasih. Apa punya contoh yang kau tunjuk aku tak tahu lah.
Eh ibubapa! Kau tahu tak dah bertahun kami para guru terpaksa berdiri di depan pagar menyambut murid dan mengucap selamat datang? Zaman sekarang zaman guru kena hormat murid tahu tak?
Dah la cikgu ucap selamat datang kat pagar, siap sambut lagi, tapi anak kau senyum kat cikgu pun tidak. Cikgu tegur pula menjawab. Silap-silap kereta tercalar, tayar pancit. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Eh ibubapa! Setiap bulan cikgu kena sambut hari lahir anak murid tahu tak? Hari lahir anak kau juga. Kami sediakan kek, panggil murid-murid lain rai dan nyanyi sama-sama. Malah ada guru yang suapkan kek kat murid. Sedangkan, hari jadi guru itu sendiri, tiada murid ingat pun. Nak sambut siap suap kek jauh sekali lah. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Eh ibubapa! Kau tahu tak, anak kau yang terkencing terberak dalam kelas itu, cikgu dia yang bawa ke tandas. Buka baju, tolong basuh kencing berak, tolong cari baju lain dan salinkan. Kadang-kadang, cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri beli baju saiz anak kau sebab dia kencing berak tak sempat ke tandas. Kena mop dan bersih lantai kelas lagi. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Sedangkan itu bukan tugas cikgu. Itu tugas kau. Cikgu itu boleh saja biarkan anak kau dalam keadaan hancing dan busuk, lepas tu telefon kau suruh datang ambil dan basuh sendiri. Sebab itu diluar bidang tugas cikgu. Tapi kami guru bukan begitu. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Eh ibubapa, kalau ikutkan hati, banyak lagi point aku nak tulis kat sini. Tapi aku risau nanti status ini jadi macam novel la pula. Panjang berjela-jela. Nanti kau tak baca. Bukan aku tak tahu, kau ni jenis malas membaca. Aku tahulah, aku kan cikgu.
Eh ibubapa! Aku nak bagitahu satu perkara penting ni. Kalau kau mengada-ngada nak anak kau dilayan lebih dari anak raja, satu nasihat aku untukmu.
Kau tak payah hantar la anak kau ke sekolah. Kau sekolahkan anak kau di rumah sahaja. Kau kan serba tahu. Cikgu kan serba tak kena pada kau. Itu jalan terbaik untuk kau dan anak kau.
Sudahlah, dari aku layan perangai mengada-ngada kau, baik aku tumpu Projek Sebarkan Cinta Bersama Mak Jemah aku ini. Masih ramai anak didik aku yang yatim piatu dan miskin perlu bantuan beg sekolah ni.
Siapa suruh kau buat aku marah. Kan dah penat kena baca panjang-panjang. Hmmm.
================
- Artikel ini khusus buat ibubapa spesis ini sahaja. Yang lain jangan terasa.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url