Cara Mengurus Kewangan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Wednesday, October 19, 2016

Cara Mengurus Kewangan


Ramai yang bertanya macam mana cara mengurus kewangan yang betul. Kickstory bukan lah seorang yang pakar untuk bercakap tentang cara mengurus kewangan. namun tips ini boleh digunakan untuk mengurus kewangan yang bijak.

Tips mengurus kewangan yang betul, 

1. Menyimpan sejumlah wang apabila mendapat gaji (mungkin 20% dari gaji) - 10% untuk saving, 10% lagi untuk kecemasan

2. Membayar segala hutang/bil/ maintenance (sewa rumah, kad kredit, pengasuh, kereta, bil elektrik, bil telefon, bil air)

3. Membeli segala keperluan untuk tempoh sebulan (barangan keperluan seperti beras, pampers dan sebagainya)

4. Bagi perbelanjaan kat ibubapa (ikut kemampuan masing2)

5. Membuat senarai semak perbelanjaan

6. Yang penting sekali bersedekah. (sedekah kat ahli keluarga yang kurang kemampuan lagi digalakkan)


Contoh Perbelanjaan

Gaji  = RM2000 (

Saving/kecemasan = 20% = RM400
Hutang/Bil (Rumah = RM300, Bil air, elektrik, astro = RM200, kereta = RM400)
Keperluan rumah sebulan =RM400 (anggaran sahaja)

Gaji - perbelanjaan = RM2000 - RM1700
                            = RM300

RM300 yang lebih tu boleh digunakan untuk keperluan pelbagai. Nak simpan pun boleh nak beli emas pun boleh.




Tips mengurus kewangan yang bijak ni boleh digunakan bagi zaman yang serba memerlukan duit.

SHARE jika bermanfaat..

p/s: Kickstory pun menyimpan 1 Bulan 1 Gram emas..yang ni saving utk masa depan anak :)

No comments:

Post a Comment