Tawaran Mengikuti Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme




Sumber: KPM

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr/Datin/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) DI BAWAH PROGRAMASIA-PACIFIC TEACHER EXCHANGE FOR GLOBAL EDUCATION (APTE), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

     Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

     2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2016. Program ini akan bermula pada Jun 2016 dengan penempatan seramai enam (6) orang guru Korea di tiga (3) buah sekolah di WP Kuala Lumpur manakala guru dari Malaysia akan dihantar ke Republik Korea mulai Ogos 2016 selama tiga (3) bulan.

     3.         Objektif program ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru sekolah Republik Korea dan Malaysia serta memberi peluang kepada guru Malaysia mempertingkatkan kompetensi melalui pendedahan sebenar dan menimba pengalaman baharu secara amali berkaitan amalan terbaik proses pengajaran dan pembelajaran di Republik Korea.

4.         Program penempatan guru Malaysia ke Republik Korea ini ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

                  (a)    Warganegara Malaysia;

                  (b)    Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia;

                         (c)    Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini
                                  pada tarikh tutup permohonan;

                   (d)    Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Ogos 2016;

                         (e)    Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian dengan mana-mana universiti   sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM;

                          (f)    Tidak mengikuti program jangka pendek dalam tempoh satu (1) tahu  kebelakangan atau program jangka panjang dalam tempoh dua (2) tahun         kebelakangan(dikira dari tarikh program ini bermula) (Lampiran A1);

                          (g)   Telah tamat tempoh ikatan perjanjian perkhidmatan dengan KPM   selepas menamatkan kursus bagi PPP yang pernah menerima penajaan biasiswa   bagi Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Kedoktoran dalam dan luar negara (dikira dari    tarikh tamat pengajian);

                          (h)   Bukan peminjam tegar atau peminjam yang disenaraihitamkan oleh KPM atau   badan-badan peminjam kerajaan lain (Lampiran D: Bebas Senarai Hitam);

                           (i)    Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, kebudayaan dan   kesenian (Sijil-sijil Penyertaan/ Penghargaan);

                           (j)    Boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa    Inggeris (Sijil-sijil Tahap Kecekapan Bahasa Inggeris);

                           (k)    Mempunyai tahap literasi komputer yang baik (Sijil-sijil Tahap Literasi   Komputer);

                            (l)    Mendapat kebenaran pasangan bagi PPP yang telah berkahwin (Borang    Kebenaran Pasangan);

                      (m)  Mempunyai tahap kesihatan yang baik (Borang Pemeriksaan Kesihatan);

                            (n)    Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental dan bebas dari penyakit   berjangkit terutama HIV, Tuberculosis dan Syphilis (Surat Akuan Kesihatan);

                      (o)    Telah mengisytiharkan harta (Surat/ Rekod Pengisytiharan harta);

                            (p)     Bersih daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan  Mahkamah (Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan);

                             (q)     Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85    markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan    terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014 atau 2013, 2014 &    2015). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan (Ulasan/ Perakuan Ketua  Jabatan);

                              (r)     Keutamaan diberikan kepada PPP yang menjalankan tugas terkini sebagai guru  di sekolah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris/ Pendidikan Jasmani dan   Kesihatan/ Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual.(Sijil-sijil Kelayakan   Akademik/ Ikhtisas);

                              (s)    Keutamaan juga akan diberikan kepada PPP yang pernah mendapat anugerah/  pengiktirafan khusus sama ada di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan  Antarabangsa. (Sijil-sijil Anugerah/ Pengiktirafan); dan

                               (t)    Kelebihan bagi PPP yang boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis  dengan baik dalam Bahasa Korea(Surat/ Sijil pengesahan)

5.         PPP yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang dilampirkan. Borang permohonan ini boleh dimuat turun dan dicetak dari Portal Rasmi KPM. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan disertakan bersama-sama:

                       (a)       Sekeping Gambar Terbaharu Ukuran Pasport (dimuka depan   Borang Permohonan);
              (b)        Salinan Kad Pengenalan;
             (c)        Borang Kekerapan Menghadiri Program Luar Negara (Lampiran A1);
                    (d)        Borang Bebas Dari Senarai Hitam (Lampiran D);
                    (e)        Borang Pemeriksaan Kesihatan;
                     (f)        Surat Akuan Kesihatan;
                    (g)        Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan;
                    (h)        Surat/ Rekod Pengisytiharan Harta;
                     (i)        Borang Kebenaran Pasangan;
                     (j)        Sijil-sijil Penyertaan/ Penghargaan;
                    (k)        Sijil-sijil Tahap Kecekapan Bahasa Inggeris;
                     (l)        Sijil-sijil Tahap Literasi Komputer;
                   (m)        Sijil-sijil Kelayakan Akademik/ Ikhtisas;
                    (n)        Sijil-sijil Anugerah/ Pengiktirafan;
                    (o)        Surat/ Sijil Pengesahan Tahap Kecekapan Bahasa Korea; dan
                    (p)        Salinan Senarai Tugas Semasa

5.         Permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 08 Jun 2016 (Rabu) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:

                        Pengambilan KOMTEP2016,
                        Sektor Dasar Keguruan,
                        Bahagian Pendidikan Guru,
                        Kementerian Pendidikan Malaysia,
                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                        62604 PUTRAJAYA

Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk semakan penerimaan borang:

    i.        Puan Fazilah binti Mohammed Jam
                                    Tel       :           03-8884 1061
                                    E-mel :           fazilah@[email protected]
                                                                                                                                   
   ii.        Puan Zaliza binti Ali
                                    Tel       :           03-8884 1192
                                    E-mel :           zaliza@[email protected]

 iii.        Puan Khairina binti Khalid
                                    Tel       :           03-8884 1194                                  
                                    E-mel :           [email protected]
           
6.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Pegawai-pegawai  berikut untuk maklumat lanjut:

   i.        Cik Siti Mariam binti Sulaiman
                                    Tel       :           03-8884 1067
                                    E-mel :           [email protected]

   ii.        Puan Aida binti Mohd Anip
                                    Tel       :           03-8884 1288
                                    E-mel :           [email protected]

  iii.        Encik Mohd Sahril bin Mohd Yusof
                                    Tel       :           03-8884 1166                                  
                                    E-mel :           [email protected]

7.         Hanya permohonan yang berjaya dan layak ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan melalui surat pada atau sebelum 17 Jun 2016 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN
BORANG KEBENARAN PASANGAN
BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN
BORANG PERMOHONAN KOMTEP2016
COVER BORANG PERMOHONAN
LAMPIRAN A1 KEKERAPAN MENGHADIRI PROGRAM LUAR NEGARA
LAMPIRAN D BEBAS DARIPADA SENARAI HITAM
SURAT TAWARAN MENGIKUTI KOMTEP 2016 DI BAWAH PROGRAM APTE

TAWARAN 

Previous Post Next Post