Cacar Air dan Cara Penjagaan

Sumber ini dipetik di http://www.mmgazette.com/penjagaan-anak-anak-yang-dijangkiti-cacar-air-dr-aisyah-abd-majid/

#sharingiscaring





Penjagaan anak-anak yang dijangkiti cacar air (chicken pox) memang meletihkan dan menduga para ibubapa. Tambahan pula jika lebih dari seorang anak yg dijangkiti pada masa yang sama.
Berikut adalah beberapa tips penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox:
  1. Peka dengan gejala seperti ruam (ruam merah diikuti gelembung air) dan tahap kesihatan yang merosot (kurang selera makan, demam, kurang aktif, sakit kepala, kerap meragam).
  2. Sekiranya gejala chicken pox dikesan awal, rawatan dengan antiviral (Acyclovir) dalam tempoh kurang daripada 48 jam membantu mengurangkan tahap keseriusan gejala dan tempoh masa penyakit (lebih pendek).
  3. Rawatan antiviral ini biasanya diberi 5 kali sehari. Anda perlu praktikal dan tidak perlu rigid untuk memberi ubat setiap 4 jam 48 minit.
  4. Untuk memudahkan ibubapa, dicadangkan untuk memberi pada pukul 7 mlm / 11 mlm / 7 pagi / 11 pagi / 3 ptg. “7-eleven, 7-eleven, 3″.
  5. Kuarantin anak-anak anda daripada orang lain, terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua. Tidak boleh ke taska, sekolah, pusat membeli belah, taman permainan, kenduri kendara dan rumah tok wan/mak long. Cecair lepuhan mampu menularkan virus chicken pox (Varicella zoster) kepada orang lain yang belum diimunisasi atau yang mempunyai imuniti yang lemah.
  6. Sediakan aktiviti bermanfaat kepadd anak-anak dalam tempoh kuarantin ini kerana anak-anak akan mengeluh betapa bosannya duduk di rumah tanpa aktiviti yang bermanfaat. Tempoh kuarantin bukan lesen untuk anak-anak bermain dengan smart phone atau tab sampai “lebam”.
  7. Ibu bapa perlu sedia dengan menu seminggu dan bersedia memasak sendiri di rumah. Pastikan makanan berkhasiat untuk menjamin kesihatan dan pembekalan tenaga kepada anak-anak yang sedang melawan virus ini. Berkenaan mengelak makanan berkicap dan berminyak, tiada bukti saintifik dalam perubatan tetapi perkara ini tidak mengganggu kesihatan anak-anak jika diamalkan.
  8. Selera anak-anak akan merosot dalam tempoh penyembuhan. Walaupun jumlah makanan yang diambil sedikit, pastikan ianya kerap. Pastikan anak-anak dihidrasi secara berterusan. Elakkan “junk food”. Tawarkan alternatif kepada anak seperti roti + jem, oat + susu, sandwic, popia, pisang, minuman susu kultur, jus oren, keju dan lain-lain.
  9. Mandi secara kerap untuk memastikan kebersihan anak-anak. Sapukan calamine lotion untuk mengelakkan rasa “miang” atau rengsa pada anak-anak.
  10. Ubat antihistamine penting untuk mengurangkan rasa rengsa/gatal di samping mempunyai kesan sedatif (kesan mengantuk) supaya anak-anak mempunyai rehat yang cukup dan kurang menggaru untuk mengelakkan jangkitan bakteria sekunder dan penularan virus kepada orang lain.
  11. Pastikan kuku anak-anak bersih dan pendek.
  12. Last but not least, ibu bapa perlu bersedia mental, fizikal dan kewangan (ubat acyclovir mahal) menghadapi saat ini. Ragam anak-anak dalam tempoh ini amat sukar dijangka kerana badan mereka tidak selesa. Ibu bapa perlu luang lebih banyak masa melayan dan memastikan rawatan anak-anak tidak tertinggal serta tepat waktu. Berbincang dengan majikan sekiranya memerlukan cuti utk menjaga anak-anak. Yang pasti, kedua-dua ibu dan bapa perlu ambil peranan aktif dalam penjagaan anak-anak ini.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Usah mengeluh kerana ini adalah pengalaman berharga anda sebagai ibu bapa. Anak anda akan membesar dengan lebih sihat kerana mereka akan mempunyai antibodi terhadap virus Varicella zoster selepas jangkitan ini. Anak anda kini mempunyai imuniti yg lebih kebal terhadap virus ini dan mengurangkan kebarangkaliannya mendapat jangkitan chicken pox kali kedua.

Dr Siti Aisyah kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Perubatan Keluarga dan menekankan aspek pendidikan kesihatan secara praktikal bagi kesemua pesakitnya.
Previous Post Next Post