Jana Pendapatan Sampingan YouCanDuit?

Selalu iklan kat TV #youcanduit. Mesti semua tertanya-tanya apa itu #youcanduit. Kickstory kongsi lebih lanjut tentang #youcanduit. Segala sumber maklumat ini diperolehi di laman web #youcanduit. Jom jana pendapatan sampingan dengan #youcanduit. 

Apa itu #youcanduit?



#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.



APA ITU eREZEKI ?
eRezeki adalah inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI TENAGA KERJA DIGITAL ?
Tiada temuduga, tiada borang permohonan, tiada bayaran dikenakan! Cuma daftar di www.erezeki.my latih serta layakkan diri anda untuk melakukan kerja pilihan anda dan mula meraih pendapatan tambahan!
APA ITU eUSAHAWAN
eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KURSUS eUSAHAWAN ?
Ketahui maklumat terkini berkenaan kursus eUsahawan yang ditawarkan di laman Facebook eUsahawanMY. Daftar sekarang untuk ketahui cara-cara menjana pendapatan digital yang lumayan!

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url