Program Ijazah Perguruan Ambilan Khas Bagi Calon UEC dan SMA/SMU 2016



Pengambilan Calon Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Khas 2016 dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah  (SJKC) dan SMA/SMU bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK) akan diteruskan pada tahun ini.
 
Persetujuan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dalam bidang-bidang tersebut dan dilaksanakan secara one-off bagi Ambilan Khas 2016. Ia juga diharap boleh membuka peluang kepada calon-calon tersebut menjadi guru bagi kedua-dua bidang ini di sekolah rendah (SJKC dan SK) KPM.
 
Permohonan untuk mengikuti PISMP ambilan 2016 bagi calon Ambilan Khas tersebut perlu memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti yang telah ditetapkan (Rujuk syarat asas dan syarat tambahan).

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://uecsma.ipg.edu.my/ mulai 17 Mac 2016.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 MAC 2016 (11:59 MALAM)


Sumber: KPM
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url