Permohonan Pra Universiti Sekolah Sukan 2016/2017 - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Sunday, March 6, 2016

Permohonan Pra Universiti Sekolah Sukan 2016/2017






Sumber: KPM

MAKLUMAN

Perhatian kepada pemohon :-
  1. Calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

PANDUAN PERMOHONAN

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di https://prau.moe.gov.my
  2. Mencetak borang tersebut DAN melengkapkan maklumat pada ruang berikut:
    • Ruang E. Ulasan Jurulatih
    • Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
    • Ruang G. Perakuan
    • Ruang H. Pengesahan
  3. Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Sukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.
  4. Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut :
  5. Pengarah
    Bahagian Sukan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 PUTRAJAYA
    (u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)
NOTA PENTING: Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.



No comments:

Post a Comment