Komunikasi Ganti Rotan - Yasmin Hani - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Saturday, May 23, 2015

Komunikasi Ganti Rotan - Yasmin Hani


Sejujurnya jika sesiapa tidak mempunyai pengalaman jika berdepan dengan karenah pelajar pada masa kini jangan membabi buta mengeluarkan sesuatu kenyataan. Jika dilihat masalah disiplin dikalangan remaja pada masa ini amatlah merunsingkan. Antara masalah yang paling utama ialah gengster, buli, mengandung luar nikah dan sebagainya.

Betul pepatah menyatakan seorang guru berjaya mendidik akhlak pelajar, manakala seorang artis boleh merosakkan seribu akhlak remaja..Renung-renungkanlah...



Kenyataan Yasmin Hani - MStar

SUBANG JAYA: Pelakon Yasmin Hani menganggap budaya guru menghukum murid dengan merotan mereka sudah tidak relevan lagi pada masa kini.
Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 36, berkata, budaya merotan harus ditukarkan kepada kaedah yang lain kerana ia dilihat lebih berkesan.
“Saya rasa guru naik tangan kepada pelajar tidak perlu lagi sekarang ini kerana sesorang pelajar mungkin mempunyai gangguan atau masalah dalam hidupnya menyebabkan mereka melakukan kesalahan.
“Guru masa kini tidak perlu untuk mengikut cara guru-guru duhulu mengajar dengan merotan pelajar kerana masa kini terdapat pelbagai cara lain boleh dilakukan untuk menghukum para pelajar,” katanya kepada mStar Online.
Yasmin ditemui pada majlis berkongsi kisah guru di Inti International University & Collage, Subang Jaya, di sini, Jumaat.
Tambah Yasmin, sesorang guru harus mengambil pendekatan untuk berkomunikasi secara baik dengan pelajar yang mempunyai masalah daripada terus menghukum tanpa mengetahui punca sebenar yang dihadapi.
“Bagi saya apa yang boleh guru lakukan ialah mengorek rahsia atau masalah yang dialami oleh pelajar dengan menggunakan perkataan How (bagaimana) dan What(apa) daripada bertanyakan why (kenapa) kerana ia dilihat seperti melakukan provokasi kepada sesorang pelajar.
“Guru harus menggunakan cara psikologi kepada pelajar kerana secara langsung pelajar itu akan bercakap dan mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara sendiri,” jelasnya.
Bercerita mengenai pengalamannya semasa di banguku sekolah, Yasmin berkata, dia tidak pernah dipukul oleh guru walaupun melakukan kesalahan ponteng sekolah sebaliknya ayahnya menggunakan pendekatan psikologi untuk mengatasi kesalahan yang dilakukan.
Dalam pada itu tambah Yasmin, ibu bapa tidak boleh salahkan guru dan guru juga tidak sepatutnya salahkan ibu bapa kerana kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam mendidik.
Dalam masa sama dia mengucapkan tahniah kepada guru kerana terus mendidik serta mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dan berharap guru masa kini tahu bagaimana cara untuk mengawal pelajar.
Sementara ini bercerita mengenai hari guru yang disambut setiap 16 Mei, Inti Colleges mengajak orang ramai untuk memberi ucapan dan penghargaan mereka dengan menggunakan hashtag #Dedicated2Cikgu.
Ucapan yang menarik akan dibaca oleh beberapa orang selebriti tanah air iaitu Rozita Che Wan, Amar Asyraf, Elfira Loy, Fizz Fairuz dan kumpulan Forteen.


No comments:

Post a Comment