Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Ambilan Jun 2015


www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).



1.KETERANGAN PROGRAM
1.1Nama Program:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKANmengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
2.SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1Warganegara Malaysia.
2.2Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995.
2.3Sihat tubuh badan.
2.4Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
2.6Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
2.7Lulus Bahasa Inggeris.
2.8Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonanonline). 
3.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.1Sekolah Kebangsaan (SK)
3.1.1Bahasa Melayu3.1.11Pendidikan Muzik
3.1.2Bahasa Inggeris3.1.12Pendidikan Pemulihan
3.1.3Bahasa Arab3.1.13Pendidikan Khas
3.1.4Bahasa Tamil3.1.14Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1.5Bahasa Cina3.1.15Sejarah
3.1.6Bahasa Iban3.1.16Reka Bentuk dan Teknologi
3.1.7Bahasa Kadazandusun3.1.17Matematik
3.1.8Pendidikan Jasmani3.1.18Sains
3.1.9Pendidikan Islam3.1.19Bimbingan dan Kaunseling
3.1.10Pendidikan Seni Visual
3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.2.1Bahasa Melayu 3.2.9Pendidikan Khas
3.2.2Bahasa Inggeris3.2.10Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.2.3Bahasa Cina3.2.11Sejarah
3.2.4Pendidikan Jasmani3.2.12Reka Bentuk dan Teknologi
3.2.5Pendidikan Islam3.2.13Matematik
3.2.6Pendidikan Seni Visual3.2.14Sains
3.2.7Pendidikan Muzik3.2.15Bimbingan dan Kaunseling
3.2.8Pendidikan Pemulihan
3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
3.3.1Bahasa Melayu3.3.9Pendidikan Khas
3.3.2Bahasa Inggeris 3.3.10Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.3.3Bahasa Tamil3.3.11Sejarah
3.3.4Pendidikan Jasmani3.3.12Reka Bentuk dan Teknologi
3.3.5Pendidikan Islam3.3.13Matematik
3.3.6Pendidikan Seni Visual3.3.14Sains
3.3.7Pendidikan Muzik3.3.15Bimbingan dan Kaunseling
3.3.8Pendidikan Pemulihan
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
1.Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3.Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA MEMOHON
1.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015.
2.Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3.Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5.Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 MAC 2015 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA 

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

print this page Print this page
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url