Guru Mengajar, Murid Belajar - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Monday, September 8, 2014

Guru Mengajar, Murid Belajar



Perspektif Guru Terhadap Keberkesanan Konsep “Guru Mengajar, Murid Belajar”
Oleh:
Wan Mohd Huzaini Wan Ismail


No matter how high the quality of general classroom instruction, individual students will not learn a lesson if they lack the necessary prior skills or information, if they lack motivation, or if they lack the time they need to learn the lesson. Similarly, if the quality of curriculum and instruction are low, then it makes little difference how much students already know, how motivated they are, or how much time they have. (Stringfield, 1994:160)

Konsep guru mengajar, murid belajar sudah sebati dengan jiwa pendidik. Apakah konsep guru mengajar, murid belajar?. Berdasarkan beberapa kajian, konsep guru mengajar murid belajar adalah satu situasi atau keadaan di mana guru dan murid saling berinteraksi secara bersemuka atau sebaliknya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Konsep guru mengajar ini lebih berfokuskan kepada kaedah penyampaian ilmu, pengurusan persekitaran pembelajaran yang positif dan komunikasi dalam bilik darjah. Manakala murid belajar adalah berfokuskan kepada penerimaan ilmu dari guru serta komunikasi dua hala antara guru dan murid.

Mengikut perspektif guru, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak (guru dan murid) tidak bersedia untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini akan mewujudkan situasi guru mengajar dan murid belajar. Kesepakatan antara dua pihak ini adalah kunci kepada kejayaan sesebuah kelas. 


print this page Print this page

No comments:

Post a Comment