Kongsi Idea dan Cadangan Baget 2015


Salam 1Malaysia!

Setiap tahun, saya menjemput anda semua untuk berkongsi idea dan cadangan mengenai apa yang ingin dilihat dalam Belanjawan Negara. Bermula 11 Ogos ini, peluang anda untuk menyumbang kepada #Bajet2015 akan tiba.

Tahun lalu, beribu cadangan dan idea dikemukakan, terutamanya membabitkan kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kemudahan awam. Sumbangan daripada anda semua menjadi sebahagian penting perbincangan yang membentuk Belanjawan Negara 2014. Anda boleh mengunjungi cadangan-cadangan tersebut di sini:

Idea apa yang akan anda kongsi kali ini?

Jangan lupa tarikh 11 Ogos dan kunjungi laman web 1malaysia.com.my untuk berkongsi idea bagi #Bajet2015. Khabarkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda untuk turut sama berkongsi idea.

Saya mengalu-alukan idea anda!

Klik link ini untuk lihat idea-idea bajet lalu http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/sub_topic.php?cat=all&filter=recent&lang=bm#view

Najib Razak

print this page Print this page
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url