Waspada Dengan Jangkitan JE

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/je-kementerian-lambat-maklum-1.295809


GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan didakwa lewat memaklumkan kes jangkitan JE yang berlaku di negara ini kepada umum.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa 16 kes jangkitan virus berkenaan berlaku dalam 2014 dengan empat kematian agak mengejutkan.

“Kenapa Kementerian Kesihatan gagal memaklumkan kes ini lebih awal. Sepatutnya ia memberi amaran awal kepada masyarakat dan melaksanakan langkah pencegahan terutama melibatkan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Contoh kes yang berlaku baru-baru ini, JPV Pulau Pinang hanya mengetahuinya melalui laporan media. Tiada makluman rasmi Kementerian Kesihatan kepada jabatan itu sama ada peringkat pusat dan negeri,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta Subramaniam menyiasat kegagalan ini dan mengatasinya segera selain menambah baik sistem perkongsian maklumat antara kementerian atau jabatan.

Virus JE tergolong dari kumpulan penyakit zoonotik dan jangkitan wabak ini boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada manusia dengan kadar kematian sehingga 60 peratus untuk pesakit yang menunjukkan gejala, manakala lebih kurang 30 peratus pesakit akan mengalami kerosakan pada sistem saraf pusat.


print this page Print this page
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url