Sinar Harian: Kerugian Dengan Multi Level Marketing - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Thursday, July 3, 2014

Sinar Harian: Kerugian Dengan Multi Level Marketing

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/mlm-guna-nama-menteri-3-dakwa-rugi-rm100-000-1.296125#.U7VTUoOuAME.facebook

KUALA LUMPUR - Tiga sahabat mendakwa kerugian hampir RM100,000 selepas terjebak dengan sindiket penipuan berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) yang menggunakan nama orang kenamaan berpangkat menteri.
  


Seorang daripadanya, Noor Azean Idris, 34, berkata mereka dipelawa menyertai MLM itu selepas diberi jaminan tiada sebarang unsur penipuan dan disahkan sebuah kementerian.
   
"Selepas membayar RM34,000 seorang melalui pinjaman bank, didapati apa yang dijanjikan seperti keuntungan segera itu tidak wujud malah kami tidak dibenarkan keluar daripada syarikat itu.
   
"Kami rujuk kes ini ke kementerian berkenaan namun ditolak kerana syarikat itu bersih. Cubaan kami ke tribunal pengguna pula gagal kerana agensi itu tidak mengendalikan kes sebegini," katanya kepada pemberita di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di sini hari ini.
   
Menurut Noor Azean, modus operandi syarikat itu adalah menunjukkan portfolio yang individu berpangkat menteri telah melancarkan syarikat berkenaan dan menjamin pulangan tinggi jika mampu menjual produk atau mencari orang bawahan.
   
Beliau berkata, kini hidupnya terseksa kerana terpaksa membayar pinjaman setiap bulan dan mahukan syarikat itu disiasat sebelum lebih ramai individu ditipu.
   
Sementara itu, pengerusi biro berkenaan, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman berkata pihaknya dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) akan memastikan aduan itu mendapat perhatian serius pihak berwajib. - Bernama


print this page Print this page

No comments:

Post a Comment