Pelajar Dirogol Dengan Kejam Oleh 38 Lelaki - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Wednesday, May 28, 2014

Pelajar Dirogol Dengan Kejam Oleh 38 Lelaki



Kota Bharu: Seorang daripada remaja perempuan yang didakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dikatakan membeli ubat penahan sakit dari sebuah kedai runcit di Ketereh, beberapa hari selepas kejadian 20 Mei lalu. 

Seorang peniaga kedai runcit berusia 40-an di Kampung Hutan Pasir, mendedahkan gadis belasan tahun itu datang ke kedainya bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal untuk membeli ubat terbabit. 


Mereka datang dan beli ubat pada sebelah pagi minggu lalu, sebelum membeli ubat sama buat kali kedua pada sebelah petangnya. Pada sebelah pagi itu, saya tak syak apa-apa dan jual ubat seperti biasa tanpa bertanya lanjut. 


Datang semula ke kedai 

Namun, pada sebelah petang, mereka datang semula membeli ubat sama, katanya. 

Dia mengesyaki gadis terbabit adalah mangsa rogol selepas kejadian itu disiarkan media, semalam. 

Seorang lagi penduduk kampung yang enggan dikenali, berkata jam 6.30 pagi semalam, dia melihat beberapa lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kosong yang terbiar sejak 10 tahun dan disyaki lokasi kejadian. 
Semalam, akhbar melaporkan dua remaja perempuan, berusia 15 dan 17 tahun, dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki. Seorang rakan lelaki mangsa juga dikatakan turut dipaksa menyaksikan perbuatan kejam berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa seorang mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Empat suspek ditahan awal pagi semalam (kelmarin) sebelum lapan lagi ditahan hari ini (semalam) di sekitar Ketereh. Polis percaya semua dalang utama kejadian itu berjaya ditahan dan kita tak tolak kemungkinan salah seorang mangsa membantu menyebabkan kejadian itu, namun siasatan terperinci masih dilakukan, katanya.



  print this page Print this page

No comments:

Post a Comment