Pemohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) 2014



Cara Memohon

1.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.

2.
Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

3.
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4.
Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5.
Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.


6.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


print this page Print this page
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url