Propaganda Alvi dan Vivian

Propaganda yang telah ditimbulkan oleh Alvin dan Vivian sepatutnya disiasat dengan telus kerana sudah banyak kali kes menghina islam telah dilakukan oleh segelintir masyarakat yang jahil dengan budaya orang lain. 

Jika dulu kes menghina seruan azan menjadi isu panas, namun pihak terbabit tidak mengambil apa-apa tindakan pun. Sekarang mereka sudah berani menghina agama Islam kerana tiada tindakan yang diambil oleh pihak tertentu. Mereka hanya menutup mata dalam isu ini.

Kita hidup di negara berbilang kaum sepatutnya saling hormat menghormati agama dan budaya orang lain. Ini pula berbeza dengan Alvin dan Vivian, kerana mereka sanggup menghina umat Islam di negara ini dan mencabar kaum Melayu yang beragama Islam. Diharap mereka jangan memainkan isu perkauman yang akan menimbulkan masalah yang besar nanti..

p/s: Peace no War
Previous Post Next Post