Pakar Motivasi Yang Tidak Profesional - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Monday, April 29, 2013

Pakar Motivasi Yang Tidak Profesional

Kickstory baru-baru ini terkejut dengan seorang pakar motivasi keluarga iaitu Dr. Rubiah K. Hamzah yang dikatakan profesional sehingga  menyalahkan warga pendidik jika pelajar mempunyai masalah. 


Untuk pengetahuan pakar motivasi yang dikatakan cemerlang itu "cuba tepuk dada, tanya minda" anda.
Berapa jam seseorang pelajar berada di sekolah jika dibandingkan dengan pelajar berada di rumah? Jika segala masalah yang ditimbulkan oleh pelajar disebabkan oleh warga pendidik, ini sememangnya tidak patut dimaafkan. Saya petik ayat yang diperkatakan oleh pakar motivasi tersebut 

" Disiplin pelajar adalah bayangan didikan pendidik (guru dan ibu bapa). Jika pelajar dilabel sebagai bermasalah, sebenarnya pendidik itu yang bermasalah "

Sepatutnya sebagai pakar motivasi yang baik, dia tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan pelbagai pihak. Banyak faktor luar yang mendorong pelajar bermasalah seperti hiburan, internet, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Mengikut Edward Garner, Keperibadian pelajar banyak dicorak oleh gaya hidup mereka disekililing. Hanya 20% sahaja pengaruh dari ibubapa dan guru. Jadi? Siapa yang dipersalahkan? Adakah guru? Adakah warga pendidik?

Diharap pakar motivasi tersebut mengkaji dahulu fakta sebelum menyalahkan warga pendidik. Cuba renung sejenak,  jika pelajar itu menjadi gangster atau perompak takkan pendidik itu juga sebagai gangster atau perompak?

Dalam bahasa kasar, jika pelajar tebabit dengan masalah jenayah seksual seperti rogol takkan pendidik juga mempunyai masalah merogol??Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah. 

Baca lagi di http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/04/salah-cikgu-ke.html#more


2 comments:

  1. sakit hati kan baca statement motivator tu? harap dia dapat ler mengulas lanjut isu tu supaya tak ramai lagi orang duk mengutuk dia..hehe

    ReplyDelete
  2. Maafkan dia. Dia lupa nasihat emak dan ayah dia.Itulah antara sebab dia buat kenyataan sedemikian.

    ReplyDelete