Worldshopperslink Contoh Penipuan Internet

Sumber: http://blog.earnic.com/worldshopperslink-com-scam/
Tahun sudah, di laman blog lain saya tulis tentang Royaltyfx scam. Tetapi ramai pelabur di Royaltyfx tak percaya dengan forecast saya ketika itu malah menghentam saya balik. Klik sini untuk baca. Tapi tidak lama selepas itu, jangkaan saya betul iaitu Royaltyfx scam (klik). Baca juga dua post tersebut berserta komen-komen di blog itu.
Dan, baru tadi ada orang beritahu saya tentang satu laman web buat duit di internet, bernama Worldshopperslink, katanya dia dah buat banyak duit dengan join program ni. Bisnes internet katanya.
Saya decide untuk cek dulu sejauh mana hebat bisnes online Worldshopperslink.com ni. Setelah menggodek internet especially Pak Cik Google, maka saya buat kesimpulan bahawa… yah! BABY SCAMMER SUDAH LAHIR!
Worldshopperslink.com ini masih baru. Panas-panas lagi. Dan golongan kononnya tokey internet bisnes ni sedang giat duk promosi skim jutawang ini lah. Sebab tu ada agen yang rajin duk promosi di internet ni, malah promosi offline pun ada.
Ia bukan sebuah company, malah selepas cek whois domain pun tak ada info pemilik website. Jadi, dengan kata lain… pemilik laman WorldshoppersLINKGUP ni menyembunyikan diri.
Website ini masih baru, sehingga hari ini (5 September 2012), Wordshopperslink baru berusia 171 hari. Masih bayi lagi ni. Dan memang, pemilik website ini menyembunyikan diri. Lihat screenshot dibawah hasil semakan dari Scamadviser.com
Pernah terbaca dalam forum Carigold, seorang lelaki mengaku bahawa:
memang paid… sy join package platinum rm1050 , bulan2 maintain rm350 selama 12 bulan tanpa ada downline pon, keja klik iklan jek, n then nak masuk banyak
Saya tak tahulah macam mana dia maintain 12 bulan paid tu, sebabnya sehingga September 2012 Worldshopperslink baru berusia 171 hari. Pelik bukan. Setahun atau 12 bulan bersamaan 365 hari. Kalau ya pun nak promo skim mengarut ni, janganlah menipu tertonggeng-tonggeng.
Ramai yang duk promosi bahawa syarikat Worldshopperslink ialah sebuah company dari United States (USA). Tapi, dari hasil selidikan saya di Hypestat.com .. yang saya tengok lebih 51% daripada pelawat website bakal lingkup ini ialah dari Malaysia, disusuli dengan Indonesia dan negara-negara Asia lain.
Dan jika betullah ianya berasal dan beribu pejabat di Amerika Syarikat, ADAKAH IANYA SEBUAH PERNIAGAAN BERDAFTAR?
Sama sekali tidak! Anda boleh cek di company search di laman US Securities and Exchange Commission.
Sekadar bertanya, orang Amerika tak join ke syarikat dari USA ni brader? Heh heh
Ianya merupakan sebuah website cikai yang domainnya dibeli dengan Godaddy.comdengan nilai cuma maksimum USD12.99 sahaja.
Bagi golongan Maleis yang suka program cepat kaya macam ni, mereka akan cakap macam-macam bagi menghalalkan “internet bisnes” dia ni. Walaupun hakikatnya, tidak lebih tidak kurang beza dengan skim tah papa tu.
“Peniaga” kononnya membeli pakej silver, gold seumpamanya untuk tengok iklan. Seperti dibawah:
Saya gerenti, selepas pemilik web ini mendapat duit yang banyak hasil menjual pakej karut marut ni, web ini akan ditutup. Ingat lagi Royaltyfx.com? Hari pertama saya tengok pun dah tahu yang ianya scam, tapi ramai yang tak dengar. Sekarang tengok apa dah jadi. Muhaha Maleis yang lapar kaya ni memang mudah kena tipu. Sebab itu scammer ialah bisnes paling menguntungkan. Mula-mula, memang anda sebagai pelabur atau peniaga akan dibayar. Selepas itu, anda bukan lagi pelabur tapi sebaliknya PELEBUR. Tapi after certain time, duit tah ke mana, website pun tutup.
Jadi, kalau ada yang ajak gi seminar Worldshopperslink ni tak payah lah bazirkan masa pergi dengar. Duit nak dapat bukan senang, nak buang je yang senang.
PS: Payment proof pun tak jumpa jugak ni. Tak ada apa-apa yang meyakinkan dengan Worldshopperslink.com ni.
PPS: Baiklah. Jika anda betul-betul nak buat duit di internet ni, teruskan lah baca blog ini selalu. Untuk buat duit yang biasa-biasa tanpa modal di internet, anda boleh baca tentang Fiverr, ChurpChurp, Says, dan seumpamnya yang ada dalam blog ini.  Atau, buka sahaja online shopping store anda sendiri di internet! Kan senang dan tiada risiko kena scam.

4 Comments

  1. bro...klu yg Dare2rich 2 tipu ke betul...harap beri penjelasan....

    ReplyDelete
  2. blh tak semak yg nie http://www.cwc.com.my/

    ReplyDelete
  3. AnonymousJuly 16, 2014

    Salam. .ini benar. .pnglaman sye..hakikat prniagaan yg sbenar. .x kri prniagaan konvensional atau prniagaan network..prlukan usaha,prnambah baikn,strategi dn produk. . .bkn mcm angan2 mt jenin. .

    ReplyDelete
  4. sy cadangkan jika berminat utk join MLM sebagainya, sila membuat pengesahan syarikat tersebut sama ada syarikat mereka berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau pun tidak. Ini bg mengelakkan kes penipuan, scam dan sebagainya...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post