Cuti-Cuti Malaysia Edisi Sabah - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Tuesday, February 12, 2013

Cuti-Cuti Malaysia Edisi Sabah

Cuti raya cina ini kali gua dan geng iaitu din n din telah merancang untuk berjalan keliling sabah yang bermula dari daerah Telupid. Cuti selama seminggu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi mengisi masa lapang dan mencari pengalaman. Trip perjalanan kami sangat jauh yang bermula pada awal pagi ahad iaitu pukul 7.00pg dengan menaiki kereta 4x4 milik Din.

10 Februari 2013: Trip perjalanan kami yang bermula dari Telupid ke Sandakan yang jaraknya ialah 150km. Banyak masa yang diambil untuk sampai ke Sandakan kerana jalan yang rosak dan berlubang. Sebelum sampai ke Sandakan kami melalui daerah Beluran dan Kinabatangan. Kami sampai di Sandakan lebih kurang pukul 9.00pg.

Selepas selesai urusan di Sandakan, kami bertolak ke Tawau melalui jalan Kinabatangan dengan melalui Check Point. Jarak dari Sandakan ke Check Point ialah 50km, manakala dari Check Point ke Kota Kinabatangan ialah 30km.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan dari Kinabatangan ke Lahad Datu yang jaraknya 100km. Kami berhenti di Lahad Datu untuk menunaikan solat di  stesen petronas. Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan ke Tawau dengan jaraknya 145km. Kami bermalam di Hotel MyInn di Tawau kerana hari sudah malam.

11 Februari 2013: Keesokkan pagi selepas check out, pada pukul 7.00pg kami meneruskan perjalanan dari bandar Tawau ke Kalabakan yang jaraknya 80km. kami berhenti rehat di pekan Kalabakan untuk bersarapan lebih kurang pada pukul 9.30pg.

Selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan dari Kalabakan ke Sapulut yang jaraknya 145km. Kami tempuhi jalan yang berbatu sepanjang laluan itu kerana jalan masih dalam proses pembinaan. Sepanjang perjalanan ini hanya 8 buah kereta sahaja yang melalui jalan ini. Terdapat 2 biji kereta wira yang melalui jalan yang teruk ini. Di pertengahan jalan, kami berhenti di Maliau Basin untuk bergambar. Maliau Basin ialah hutan simpan yang terbesar di asia.



Selepas mengharungi jalan yang berbukit bukau dan berbatu-batu, kami sampai di pekan Sapulut pada jam 2.00ptg. selepas itu, kami meneruskan perjalanan dari Sapulut ke Keningau yang jaraknya 120km. Kami sampai di pekan Keningau  lebih kurang pukul 5.00ptg. Sekali lagi kami bermalam di Hotel Central kerana hari sudah mahu malam.




12 Februari 2013: Selepas merehatkan diri, keesokkan pagi kami bertolak dari pekan Keningau ke Kota Kinabalu yang jaraknya 111km. Jalan Keningau ke Kota Kinabalu sungguh mencabar kerana berbukit bukau. Tapi syukur kerana keadaan jalan sangat baik iaitu jalan berturap. Sekarang kami masih di K.Kinabalu selama 3 Hari 2 Malam untuk cuti cuti Malaysia dengan menaiki kereta api.

Esok pagi kami akan bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau dan Telupid untuk persediaan kembali bertugas..That is our long journey.

4 comments: