Melepasi Sekatan DNS

Lama sudah gua tidak buat tutorial kerana sibuk. Hari ini gua mahu kongsi sedikit tips untuk melepasi sekatan DNS server. Sudah korang semua tahu Kebanyakan syarikat penyedia perkhidmatan (Internet Service Provider) membuat sekatan memalui pelayan DNS (DNS Server).Apa itu DNS??Korang carilah sendiri di Google k.

Kebanyakan tetapan (settings) Internet akan menetapkan alamat DNS sebagai Automatik yang mana komputer kita akan mengambil terus alamat DNS yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP).

Sebagai contohnya jika anda menggunakan Streamyx maka kemungkinan alamat DNS anda adalah 202.188.1.5 dan 202.188.0.133, namun tahukah anda syarikat-syarikat seperti GOOGLE dan OpenDNS menyediakan perkhidmatan DNS secara percuma.

Bagi menghalang sekatan DNS korang cuma perlu menukar alamat DNS Google seperti di bawah. Dengan menukar DNS, korang boleh surf internet tanpa sekatan. Semua laman web yang di block akan dapat dibuka dengan senangnya. Slamat mencuba.

Cara-cara menukarnya ialah..

1. klik menu dan tekan pada control panel
2. klik network dan internet
3. klik pada network and sharing center
4. klik pada internet connectin
5. klik pada properties

6. klik pada internet protocol dan masukkan Alamat DNS google seperti di bawah


Alamat DNS Google :
DNS Utama (Primary DNS) – 8.8.8.8
DNS Gantian (Alternate DNS) – 8.8.4.4

Ok...siap...



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url