Kepelbagaian Budaya



Isu: Perpaduan Antara Kaum
Menurut kamus dewan edisi keempat, kepelbagaian ialah keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. Manakala budaya mengikut kamus dewan ialah penyerapan unsur-unsur kebudaya­an daripada suatu budaya kpd budaya lain. Hal ini diterangkan lagi dengan proses asimilasi yang berlaku di Malaysia iaitu proses menyerapkan unsur-unsur kebudayaan daripada sesuatu budaya kepada budaya yang lain.
Kepelbagaian budaya ialah keadaan yang majmuk dimana semua rakyat hidup dalam keadaan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya. Dalam situasi ini, masyarakat hidup saling hormat-menghormati bagi mewujudkan keseimbangan  budaya dalam kelompok masyarakat yang berbilang kaum tidak kira orang Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Kepelbagai budaya di Malaysia murujuk kepada masayarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai budaya mereka yang tersendiri yang diamalkan sejak turun temurun. Selain itu, setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai. Gabungan kesemua kaum yang ada di Malaysia ini menghasilkan satu masyarakat yang majmuk di bawah payung perpaduan bagi membina Negara bangsa yang harmoni dan sejahtera.
Selain itu, kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia ini adalah pemangkin kepada keharmonian masyarakat yang wujud sekarang ini. Dalam erti kata lain, semua kaum di Malaysia perlulah berganding bahu dalam mewujudkan perpaduan tanpa mengira pandangan politik, status ekonomi dan sosial dan sebagainya. Apabila kesemua jurang ini dirapatkan nescaya Malaysia boleh membina Negara yang harmoni dan mengelakkan perpecahan seperti perkauman dan sebagainya.
Tambahan lagi, kepelbagaian budaya yang kaya raya di Malaysia ini sebenarnya mengandungi potensi yang hebat bagi meningkatkan kreativiti, ciptaan, ilmu, teknologi, penghasilan ekonomi dan sebagainya jika tenaga-tenaga kreatif generasi muda di dalam kaum-kaum yang berbeza saling bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama dan perhubungan antara kaum ini banyak membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi dan sosial di Negara kita.
Antara isu dan cabaran yang dibincangkan dalam kepelbagaian budaya ialah perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum sangat penting dalam mewujudkan satu kelompok rakyat Malaysia yang aman dan damai. Dengan adanya perpaduan kaum, semua kaum boleh hidup dalam satu komuniti tanpa rasa takut. Bagi menyatukan rakyat Malaysia, pelbagai program perpaduan telah dirancang  bagi mendekatkan rakyat Malaysia dengan lebih baik. Pendekatan pepaduan yang tekah dirancang lebih menekankan toleransi dan menghormati kaum demi muwujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni.
Perpaduan telah berjaya memupuk perpaduan dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020, Program Latihan Khidmat Negara, Program Citra Warna dan kini konsep Satu Malaysia. Pendekatan yang dilaksanakan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum demi kemarmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Jika terdapat ancaman untuk memecahkan kaum di Malaysia, perpaduan antara kaum akan menjadi banteng yang kukuh bagi menghalang perkara seumpama ini terus berlaku.
Sistem pendidikan sangat penting dalam memupuk perpaduan antara kaum di Negara kita. Berdasarkan sistem pendidikan, penghayatan prinsip Rukun Negara  perlu didedahkan dengan lebih jelas kepada semua pelajar bertujuan untuk memupuk rasa hormat dan cinta kepada Negara, membentuk kepercayaan dan sebagainya. Pendedahan aspek-aspek kewarganegaraan dalam mata pelajaran moral contohnya diharap dapat memupuk sifat kewarganegaraan di kalangan pelajar supaya memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat yang berbilang kaum. Apabila ini berlaku, misi perpaduan kaum akan dapat dicapai dengan jayanya.
Kesimpulannya, konsep kepelbagaian budaya di Malaysia perlu difahami dengan lebih mendalam. Perpaduan dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya merupakan elemen yang penting dalam kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sebagainya. Kerjasama, persefahaman dan komitmen antara kaum perlu diwujudkan antara kaum setiap masa bagi memupuk perpaduan antara kaum.




Previous Post Next Post