Integrasi Nasional


-->

1.0       Integrasi Nasional
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya serta agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang menyebabkan Malaysai sebuah yang unik dimana kemerdekaan Malaysia dikongsi bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatakan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.
Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud “sesuatu perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi satu”.Integrasi pula bermakna “penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan”. Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama”. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat  menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan  masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Intergrasi Nasional  pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik serta  kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju tanpa mempunyai masalah yang mengekangnya.
Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun pada tahun 2006 ,kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan ini dilaksanakan dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun 2006 iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut telah dirangka dan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah perkara asas bagi mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara maju dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk mencapainya. Secara keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan.

ISU /SITUASI
Interaksi antara kaum
Malaysia mempunyai 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India serta kaum-kaum minoriti seperti Orang Asli,Kadazan,Bajau dan Penan.Setiap kaum ini berada di pelusuk negara dan mereka ada yang berada di bandar,kampung,serta kawasan pedalaman. Oleh yang demikian, akibat perbezaan tempat ini menyebabkan interaksi antara kaum tidak dapat berlaku dengan baik mahupun tiada langsung interaksi.Masalah ini merupakan masalah yang amat kritikal dan menjadi agenda utama bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum untuk mancapai hasrat negara.
Tahap integrasi kaum di negara ini adalah pada tahap ‘functional’,di mana masyarakat berinteraksi disebabkan oleh keadaan atau pun situasi tertentu.Contohnya interaksi di tempat kerja adalah disebabkan tugasan masing-masing. Walau bagaimanpun,tahap ‘empathetic’secara berinteraksi secara jujur,ikhlas,kasih saying dan saling faham memahami adalaha jarang berlaku di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Perpaduan dan integrasi nasional yang kukuh memerlukan kekuatan hubungan kaum yang berpaksi pada toleransi dan persefahaman yang tinggi yang akhirnya akan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Hal ini perlu dibincangkan kerana Integrasi Nasional juga mempengaruhi dalam sistem pendidikan.Apabila terdapat pelbagai budaya,maka timbullah pelbagai sekolah yang pelbagai aliran.Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil serta Sekolah Kebangsaan. Apabila wujudnya masalah ini, benteng untuk integrasi akan terhasil dan menyebabkan peluang interaksi antara kaum juga tidak akan wujud.Persefahaman memerlukan interaksi yang lama untuk diertikan. Bukan mudah untuk membentuk kesepaduan daripada kaum yang berbeza kepercayaan dan amalan budaya.
Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum amat penting diluntur pada usia muda seawal kanak-kanak.  Ini bagi melahirkan satu suasana kesefahaman dan toleransi yang sebenar.Apabila nilai-nilai yang positif dibentuk pada usia ini,mereka akan dapat meneruskan kerana telah dilatih untuk menjadi warga yang memahami kepelbagaian kaum.Kanak-kanak adalah usia yang mudah dibentuk,mereka tidaka pandai untuk menipu dan kejujuran dalam hubungan antara kaum akan kelihatan dengan jelas.
Akhir kata, isu interaksi antara kaum merupakan isu yang penting.bagi melahirkan satu negara yang berdiri di bawah satu paksi Perlembagaan dan Rukun Negara yang maju dan disegani oleh dunia. Sistem pendidikan negara perlu diubah an ditambah nilai dari aspek integrasi agar hasrat Satu Malaysia akan tercapai. Sistem pendidikan merupakan asas untuk mencapai cita-cita tersebut.Seperti pepatah berkata, sepohon pokok tidak akan berdiri tegak jika akarnya tidak kuat.Ini menunjukkan bahawa integrasi adalah asas yang mengukuhkan semangat  bangsa Malaysia.




Next Post Previous Post
1 Comments
  • Unknown
    Unknown March 19, 2017

    Terima kasihh.. info yg lengkap..

Add Comment
comment url