Ucapan Salam Aidifitri dari Sahabat Handai - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Tuesday, September 6, 2011

Ucapan Salam Aidifitri dari Sahabat Handai

Terima kasih kepada semua kerana memberi ucapan hari raya kepada Kickstory melalui SMS. Kickstory tulis di blog SMS yang dihantar oleh kengkawan semua untuk kenangan gua kepada gua nanti.


Jgn musnahkan kebaikan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan hanya dgn salah laku di 1 Syawal. Aidifitri merupakan hari kemenangan, hari kemaafan. Bergembiralah pada kadarnya, sesungguhnya Allah amat menyukai keserderhanaan. Salam Aidifitri, Mohon maaf segala salah dan silap. (Syu)

Selamat hari Raya Aidifitri maaf zahir dan batin. ikhlas drp Mursyidah

Selamat menyambut hari raya adifitri maaf zahir dan batin moga di hari lebaran kalian berbahagia di samping keluarga (En. Mian)

Selamat hari raya aidifitri. Mohon dimaafkan segala salah silap, terkasar bahasa, termungkir janji, tersalah perbuatan. Juga mohon dimaafkan kalau pernah menyakiti hati, pernah terasa hati. Harap lebaran kali ini dapat mengeratkan lagi silaturahim. Semoga semua doberkati oleh-Nya (Farah Hanim)

Cakap kadang-kadang terlajak tak terjaga, janji kadang2 terlupa tak tertunai, hati kadang2 berperasangka, sikap kadang2 menyakitkan. Hidup ini menjadi lebih indah jika kita masih ada kemurahan hati dan bersedia memaafkan. Selamat hari raya maaf zahir batin (Fairuz)

Sebelum sampai ke penghujung ramadhan, sebelum terlupa nak sampaikan, sebeleum org berpusu-pusu nk hantar ucapan dan sebelum network/line trafik busy. Nk ucapkan dulu selamat hari raya maaf zahir dan batin. Segala salah dan silap harap dimaafkan. (jupa)

Walau selangkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang. Mohon maaf segala kesilapan kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga. Salam aidifitri maaf zahir batin (Din)

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa, dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungki ada yang belum di kota, dalam bicara mungkin ada yang menyinggung rasa. Jika ada kemaafan, itu jualah yang dipinta.Salam didifitri dan salam merdeka. Maaf zahir dan batin (Asrul)

Tangan ditadah Mohon maaf zahir batin atas lisan yang tidak dijaga, janji yang tidak ditunai, hati yg buruk sangka dan sikap yang menyakitkan hati. Salam Aidifitri (sepul)

p/s: banyak lagi dan tidak mampu gua menulis. Apa-apa pun terima kasih di atas ucapan yang diterima.

No comments:

Post a Comment