Pengenalan Terapi Muzik



-->
1.0 PENGENALAN
               Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental  dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai denganteknik-teknik muzik tertentu.Sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yangmenghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan,penyakit kanser dan AIDS, dan lain-lain lagi.

               Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal,menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokonganemosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menyenangkan fikiran. etiap ciptaan dalam semesta ini dilambangkan dengan satu tahap tenaga yang tertentu. Keadaan sebenar setiap benda tertentu adalah keadaan tenaga dalam jirim tersebut. Apabila kita menjalani kehidupan seharian, kita berada sama ada dalam satu keadaan tenaga positif atau tenaga negatif. Ini ditunjukkan oleh fikiran kita, keinginan kita, pemikiran kita adalah apa yang mendorong kita semua untuk bertindak. Dan akibat dari tindakan kita memberikan peniliaian samaada baik atau buruk daripada hasil tindakan tersebut.

               Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Di mana gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga  wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. Sebuah buku yang mengandungi ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang".  Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi pada muzik. Kehidupan manusia yang ianya satu tenaga juga sering bertindakbalas dengan muzik pada beberapa tahap tertentu.

               Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar muzik terapi akanmenjalankan program muzik terapi yang mungkin melibatkan teknik-teknikseperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik,menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu,memberi persembahan secara kumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis dengan muzik.

               Idea terapi muzik digunakan sebagai pengaruh pemulihan yang boleh membawa kesan terhadap kesihatan dan tingkah laku individu. Ianya sekurang-kurangnya telah bermula daripada penulisan Aristotle dan Plato di zaman tamadun Yunani ,lebih daripada 200 tahun dahulu. Dalam abad ke-20,terapi muzik mula diaplikasiakn di hospital selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pada masa itu,muzik amatur dan profesioanl bemain instrument muzik untuk anggota tentera yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma emosi dari medan perang.





Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url