Pandangan Tokoh Terhadap Terapi Muzik


-->


4.0 PANDANGAN TOKOH
Terapi muzik telah digunakan sebagai salah satu cara pemulihan yang membawa kesan terhadap kesihatan dan tingkah laku individu (Mok Soon, 2010)[1]. Dipercayai bahawa terapi muzik telah bermula sejak zaman tokoh falsafah terkenal Aristotle dan juga Plato yang banyak mengeluarkan falsafah pada zaman Yunani. Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.
Tokoh Ilmuan Islam iaitu Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Dr Yusuf al-Qaradawi seorang ulama terkenal pada masa kini dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian (Malaysian Psychiatry Assciation, 2008)[2]
Dalam kitab Injil ( Bible ) ada diceritakan bahawa David telah memainkan sejenis alat muzik yang dikenali sebagai “Harp” untuk melegakan atau melapangkan perasaannya yang sedang tertekan dengan Raja Saul.Daripada cerita tersebut, masyarakat disebelah barat mengambil iktibar bahawa muzik mempunyai kuasa penyembuh yang hebat.
Sebuah buku yang mengandungi ajaran  I Ching menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang". Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi pada muzik. Kehidupan manusia yang ianya satu tenaga juga sering bertindakbalas dengan muzik pada beberapa tahap tertentu.           


[1] (Mok Soon, 2010)
[2] (Malaysian Psychiatry Assciation, 2008)




Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url