Anatomi dan Fisiologi




1.0 Pengenalan

Tubuh badan manusia adalah komplek kerana mempunyai susunan organ-organ yang teratur dan  berfungsi dengan baik. Sistem rangka  yang membentuk satu jalinan yang berkerjasama antara semua jenis tulang dalam mengawal oragan-organ dalam badan supaya selamat. Manusia adalah makhluk yang sempurna yang mempunyai segala struktur anatomi dan fisiologi yang sangat berbeza dengan makluk lain.

 Kajian tentang tubuh badan manusia dan fungsinya adalah sangat penting kerana ia melibatkan proses keseimbangan badan semasa melakukan pelbagai aktiviti. Kajian tentang tubuh manusia yang melibatkan susunan organ-oragan dan fungsinya dapat dilihat melalui bidang anatomi dan fisiologi.
            Sistem rangka yang terdapat di dalam tubuh manusia terbahagi kepada tiga iaitu tulang, sendi dan otot. Ketiga-tiga kombinasi ini melengkapkan sistem rangka yang berfungsi sebagai penyokong kepada organ-organ di dalam tubuh badan manusia.

1.1        Anatomi
Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang seperti tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ individu. Anatomi juga ialah pengajian yang berkaitan dengan binaan tubuh badan, bahagian susunan organ-organ dan hubungan sesamanya yang bertanggungjawab dalam sistem tubuh badan.

1.2         Fisiologi
Fisiologi ialah bidang yang bertanggungjawab mengkaji tentang struktur tubuh badan yang berfungsi dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Di samping itu juga, fisiologi dikenali sebagai pengajian yang berkaitan dengan fungsi tubuh, organ dan sistem dalam tubuh badan. Bidang fisiologi yang mengkaji fungsi seluruh badan sangat penting bagi memastikan kelancaran segala aktiviti yang dilakukan.
1.3 Fungsi Otot, Tulang dan Sendi Secara Am
Otot
Otot ialah alat yang menyokong tulang dalam proses menghasilkan gerakan. Otot terbahagi kepada 3 iaitu “cardiac muscle”, “ skeletal muscle” dan “smooth muscle”. Antara fungsi otot ialah menghasilkan pergerakan, mengekalkan posisi badan dan postur, menyokong tisu lembut
dan mengekalkan suhu badan

Tulang
Tulang terbentuk hasil dari Kalsium dan fosfurus. Ini adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap. Setiap tulang merupakan organ kepada sistem rangka. Pembentukan tulang adalah dari tisu-tisu yang kuat dan aktif. Selain itu, tulang juga terbentuk dan bertindakbalas mengikut fungsi.
Antara fungsi tulang ialah sebagai penyokong iaitu memberi pelekatan kepda otot dan ligamen serta menyokong tisu-tisu lembut. Pelekatan otot membantu proses pergerakan. Selain itu, fungsi tulang ialah melindungi organ-organ dari kecederaan.

Sendi
Sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular.Selain itu juga, sendi ialah titik pertemuan anatara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengaruhi oleh rapat hubungan pada titik pertemuan pergerakan semakin kuat tapi sangat terbatas. Selain itu pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon.
Antara fungsi sendi ialah benarkan pergi dan balik pergerakan dalam satu satah dan membenarkan sebarang pergerakan dilakukan.


1.4 Permainan
Kemahiran asas (permainan) à tenis
Teknik yang digunakan untuk servis bola à   “top spin”

Kemahiran asas permainan yang dipilih bagi mengkaji tentang anatomi dan fisiologi ialah teknik mengservis bola tenis. Di dalam tenik ini, secara umum kita dapat melihat otot, sendi dan tulang yang terlibat. Semasa servis “top spin” kita dapat melihat dengan jelas susunan otot, sendi yang terlibat dari tangan sampailah ke bahu. Disamping itu juga, kita dapat melihat fungsi-fungsi otot, tulang dan sendi yang terlibat secara keseluruhan.
Semasa membuat servis “top spin”, otot, sendi dan tulang berkerjasama dalam memberi daya tolakan yang lebih padat melalui pengecutan dan pengenduran otot. Semasa proses servis otot tangan dan bahu akan bertindak melalui kaedah pengecutan dan pengenduran otot agonis dan antagonis





Previous Post Next Post