Terapi Muzik




1.0 PENGENALAN

Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental  dan fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai denganteknik-teknik muzik tertentu.Sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yangmenghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan,penyakit kanser & AIDS, dan lain-lain lagi.

Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal,menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokonganemosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menyenangkan fikiran.

Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar muzik terapi akanmenjalankan program muzik terapi yang mungkin melibatkan teknik-teknikseperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik,menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu,memberi persembahan secara kumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis dengan muzik.

Idea terapi muzik digunakan sebagai pengaruh pemulihan yang boleh membawa kesan terhadap kesihatan dan tingkah laku individu. Ianya sekurang-kurangnya telah bermula daripada penulisan Aristotle dan Plato di zaman tamadun Yunani ,lebih daripada 200 tahun dahulu. Dalam abad ke-20,terapi muzik mula diaplikasiakn di hospital selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pada masa itu,muzik amatur dan profesioanl bemain instrument muzik untuk anggota tentera yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma emosi dari medan perang.






2.0 Definisi
Terapi :
(térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; ~ peker­jaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang.
                                                                                                                                                Kamus Dewan Edisi Empat
Muzik
Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi­bunyian; pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik.
Kamus Dewan Edisi Empat







Maksud Terapi Muzik
Maksud terapi muzik
Mengikut definisi American Music Theraphy Association,terapi muzik ialah intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang diakui.

Terapi muzik merupakan intervensi terapeutik berbentuk bukan verbal di mana yang paling sesuai diaplikasikan untuk individu yang menghadapi masalah komunikasi dan didapati sukar mengekspresi perasaannya dengan secara verbal.Maka intervensi
( campur tangan dalam urusan antara dua pihak lain)  terapi muzik sesuai digunakan untuk
1.    Mengurus tekanan,
2.    Memulihkan kesihatan
3.    Mengekpres perasaan
4.    Meningkatkan ingatan
5.    Menambahbaikkan komunikasi
6.    Menggalakkan pemulihan fizikal
Peranan terapis menilai kesihatan emosi ,fizikal dan fungsi sosial,kebolehan komunikasi dan kemahiran kognitif melalui repons muzik,merancang sesi muzik untuk individu dan kumpulan berdasarkan keperluan klien dengan menggunakan improvasi muzik,mendengar muzik dengan hati terbuka ,menulis nyanyian ,perbincangan lirik,muzik dan imageri ,persembahan muzik dan pembelajaran melalui muzik ,perancangan rawatan ,penilaian on-going dan tindakan susulan


Improvasi
1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja: bangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yg mengatur aksi dan dialognya; 2. sesuatu yg dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja; mengimprovisasi 1. membuat improvisasi: beliau menubuhkan kumpulannya dgn meminjam atau menyewa boneka drpd kumpulan lain dan ~ alat-alatnya drpd tin dan tong sbg gendang; 2. menggubah lagu, gurindam dsb ketika sedang bermain, membaca dsb, menggubah tanpa persediaan.      (Kamus Dewan Edisi Empat)
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url