Siri Pembunuhan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Monday, August 8, 2011

Siri Pembunuhan

Kes pembunuhan di Malaysia secara khususnya dan di dunia secara amnya seperti sudah menjadi satu trend yang tidak dapat dielakkan. Sekarang ini, manusia sudah tidak mempunyai peradaban yang boleh membentengkan diri mereka dari terjerumus ke dalam kes pembunuhan.


Jika dilihat dan dikaji, banyak kes pembunuhan yang dilapor menerusi media massa. Ini kes yang dapat dikenal pasti. Apa pula yang terjadi dengan kes pembunuhan yang tidak dilaporkan. Isu pembunuhan telah menjadi satu isu global yang patut ditangani dengan segera bagi mengelakkan kes ini berulang lagi.

Pembunuhan tidak mengira peringat umur termasukkan bayi, kanak-kanak, remaja dan sebagainya. Banyak kes pembunuhan tidak dapat dibela kerana kekurangan bukti menyebabkan ada kes pembunuhan ini terkubur begitu sahaja. Dunia semakin kejam boleh dilihat apabila manusia tidak mempunyai hati dan perasaan sehingga sanggup melakukan siri pembunuhan.

Manusia apabila tidak berpegang teguh dengan ajaran agama mengakibatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja diluar jangkaan. Hilang pedoman menyebabkan si pembunuh ini sanggup melakukan apa sahaja. Sering kali kes pembunuhan dilaporkan di dada dada akhbar. Namun, apakah yang boleh dilakukan oleh kita?? Sikap ketidakpedulian sesama manusia ini mungkin faktor penyebab berlakunya gejala pembunuhan ini.

Masyarakat harus sedar bahawa, isu pembunuhan ini bukan isu kecil namun isu ini telah menjadi isu global yang patut ditangani secara bersama. Wujudkan masyarakat yang saling bekerjasama dan sebagainya adalah langkah yang bijak dalam membanteras gejala pembunuhan ini. Sama samalah kita renung nasib masyarakat kita yang menjadi mangsa pembunuhan seperti Nurul Huda, Nurul Anira, Atantuya, Sosilawati dan sebagainya.

Adakah kita mahu perkara seperti ini berlaku lagi dalam masyarakat kita? Renung-renungkan lah....




No comments:

Post a Comment