Jangan Salahkan Orang Lain - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Tuesday, August 2, 2011

Jangan Salahkan Orang Lain

Jika berlaku perkara yang tidak baik terhadap diri kita contohnya kerjaya semakin mundur, masalah kewangan dan sebagainya kita tidak perlu meletakkan sebarang kesalahan yang kita alami pada diri orang lain. Cuba kita cermin diri kita sendiri adakah betul dan releven sesuatu perkara yang dilakukan sendiri oleh kita, namun orang lain dipersalahkan.

Seseorang yang berjiwa kental adalah orang yang meletakkan kesalahan pada diri sendiri dengan bermuhasabah diri dan cuba untuk membaiki sesuatu kekurangan yang ada. Jika kita tidak disukai oleh teman sekerja, mungkin ada sesuatu perkara yang telah dilakukan oleh kita sehingga kita tidak disukai. Jalan terbaik ialah kita cuba untuk bermuhasabah diri dan membaiki kekurangan yang ada dengan tidak menyalahkan orang lain.

Berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah adalah satu langkah yang bijak. Cermin diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain... 



No comments:

Post a Comment