Isu Guru: Guru agama didakwa cabul murid - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Thursday, August 11, 2011

Isu Guru: Guru agama didakwa cabul murid


MUAR 12 Feb. - Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di
sini hari ini atas empat tuduhan mencabul kehormatan empat murid
perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah rendah di Sagil, Ledang.
Bagi keempat-empat tuduhan itu, Samsul Bahri Saleh, 36, didakwa melakukan
perbuatan tersebut di dalam bilik darjah di sekolah tersebut antara tahun lalu dan 8
Februari ini.
Pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan
jika sabit kesalahan.
Samsul Bahri mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan mohon
dibicarakan.Pendaftar Mahkamah Sesyen Muar, Nor'iza Mohamed menetapkan ikat
jamin berjumlah RM24,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan tarikh sebutan semula
pada 15 April ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Fadhli Sutris manakala
tertuduh tidak diwakili peguam.
Utusan Malaysia Online: 13 Februari 2010


No comments:

Post a Comment