Elemen Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat



FPK merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keperihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menjadi pengetahuan umum pada tahaun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justera itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam FPK. Kemunculan FPK akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti implikasi kepada kurikulum, pendidik dan terhadap institusi pendidikan.
            Perubahan kurikulum sekolah yang selaras dengan cita dan tujuan FPK yang  ialah perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu, perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni yang diserap dalam semua matapelajaran dan perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Selain itu, ia meliputi perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vakasional dan teknologi.
            Implikasi terhadap pendidik ialah perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar FPK. Ia meliputi perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan FPK. Selain itu ia meliputi perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.
            Antara implikasinya terhadap institusi pendidikan ialah perubahan organisasi kearah mewujudkan keadaan yang sesuai untuk melahirkan pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ia meliputi perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang. Ia juga melibatkan perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih baik untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Selain itu ia melibatkan perubahan iklim sekolah yang konduksif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
             Selaras dengan FPK, matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni serta boleh memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan memupuk perpaduan kaum.







Previous Post Next Post