Elemen-elemen Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Tuesday, August 2, 2011

Elemen-elemen Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.
            Antara elemen-elemen dalam FPK ialah memperkembangkan potensi individu. Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak lahir. Ia merupakan anugerah Tuhan yang meliputi aspek-aspek JERIS. Potensi ini haruslah dikembangkan secara berterusan.
            Elemen yang menyeluruh dan bersepadu ialah potensi yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan ke peringkat yang optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehan yang saling berkait antara satu sama lain. Elemennya juga ialah insan yang seimbang dan harmonis. Matlamat ini boleh dicapai apabila potensi yang ada telah dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa bersyukur, bersedia menerima ujian dan sentiasa menyelesaikan masalah dengan tenang.
            Unsur intelek merangkumi unsur hikmah, daya pemikiran yang inovatif, lojik, analitis dan ilmu yang bermanfaat. Unsur rohani dan emosi merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan kepada tuhan, beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat dan berkorban untuk Negara. Manakala unsur jasmani mempunyai ciri-ciri seperti kecergasan fizikal dan kesihatan untuk berdikari dan hidup secara bermasyarakat.
            Elemennya juga ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Ia merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada penciptanya dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum tuhan.
            Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang beilmu pengetahuan. Rakyat yang memiliki sikap suka membaca cintakan ilmu pengetahuan serta akal menggunakan untuk manfaat diri sendiri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berketerampilan ialah rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran rela memberi sumbangan demi kemajuan negara. Manakala  rakyat Malaysia yang berakhlak mulia perlu memliki tingkah laku yang sopan santun, berdisiplin dan bersepadu.
            Elemen seterusnya ialah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Rakyat perlu mempunyai tanggungjawab kepada tuhan, bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya menikmati kesejahteraan diri ialah perkembangan potensi individu secara menyeluruh akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluan diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
            Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan juga ialah elemen dalam falsafah pendidikan. Melalui latihan rakyat boleh menggunakan tangannya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran kearah pembangunan negara. Elemen yang terakhir ialah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Peringkat ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkejasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan antara kaum.






No comments:

Post a Comment