Bilik Darjah Mesra Budaya - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Thursday, August 11, 2011

Bilik Darjah Mesra Budaya


Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik.
Perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan lebih-lebih lagi kelas yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.
            Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa sangat penting kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dimana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata dimana mereka semua berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai yang telah dirancang oleh guru.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yan pertama yang boleh diguna pakai oleh guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah pembelajaran secara kooperatif. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dimana semua murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.
Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam satu kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang, bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi seasama mereka dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang melibatkan asal usul bangsa mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama dapat direalisasikan dengan jayanya.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira bangsa memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai.
Sebagai tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru perlu merancang dan menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai kepada murid yang berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat bantu mengajar(ABM)  yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana  ABM itu perlulah mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebat sebagai alat untuk tujuan pembelajaran.
Suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang kepada semua murid dimana mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa mengira perbezaan. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Oleh itu iklim kelas yang mesra budaya akan mengurangkan peratus murid yang terpinggir dikalangan golongan tertentu apabila hak kesaksamaan diamalkan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim kelas yang mesra budaya justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna jika guru dan murid berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya juga ialah guru perlulah merancang aktiviti yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru menyediakan permainan bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan ”apa khabar”, orang Melayu menyebut ”apa khabar”, orang Cina menyebut ”ni hao ma” dan orang India menyebut ”wane’kem”.
Bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya, isu yang sensitif tidak boleh dibangkitkan didalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan bagi mengawal iklim kelas yang mesra budaya perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid dan latar belakang mereka kerana hal ini boleh mempengaruhi minat  mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran justera itu proses untuk mewujudkan iklim dan persekitaran yang mesra budaya dikalangan murid tidak dapat dilakukan dengan jayanya.
Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya, guru perlulah memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh kepada pelajar dalam mewujudkan situasi atau persekitaran yang mesra budaya antara pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah yang boleh dipraktikan oleh guru ialah kaedah membuat persembahan oleh pelajar. Dalan kes ini, pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai contoh jika guru mengajar tentang pakaian tardisional, murid-murid perlu membuat persembahan tentang pakaian tradisonal bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka contohnya orang Melayu ”baju kurung”, orang Cina ”chong sam” dan India ’sari”.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, kaedah yang boleh digunakan oleh guru ialah menyerap budaya dari pelbagai kaum mengikut kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru boleh memasukkan unsur budaya sesuatu bangsa dalam aktiviti yang dijalankan dengan penjelasan bersama campuran unsur budaya justeru murid-murid akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu bangsa dan mereka akan cuba untuk menghormatinya. Disamping itu, guru juga digalakkan memberi dorongan kepada murid dengan mengatakan bahawa sesuatu bangsa mempunyai kelebihan masing-masing.
Kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya juga ialah guru dan murid-murid boleh menghias kelas dengan mempamerkan semua unsur-unsur budaya sesebuah bangsa melalui hasil kerja tangan murid dari pelbagai bangsa. Suasana kelas boleh dipadatkan lagi dengan hasil kerja tangan mereka seperti lukisan, anyaman dan archa didalam kelas. Guru juga perlulah memberi dorongan kepada mereka dalam penghasilan karya seni dimana ia menggambarkan identiti sesuatu bangsa.
Di samping itu juga, kaedah yang boleh digunakan ialah menyediakan ruang belakang kelas yang dikenali sebagai ”red carpet”. Di ruangan ini, guru dan murid berbincang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil membuat bulatan diatas karpet merah. Melalui kaedah ini hubungan silaturahim antara murid dapat dilakukan dengan jayanya dengan kata lain mereka boleh belajar tentang cara untuk belajar dan berbincang sesama mereka tanpa mengira bangsa.
Sebagai kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi kesan positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa justeru ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budya.

No comments:

Post a Comment