Hari Minggu Di Telupid.. - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Saturday, April 2, 2011

Hari Minggu Di Telupid..

Berbeza dengan hari minggu di kampung halaman. Hari minggu di pedalaman ini sungguh berbeza. Kesunyian menyaluti suasana. Tiada deruman kereta, tiada hilai tawa orang kampung. Semuanya sepi tanpa bernyawa. Kesunyian hari minggu akan terubat jika berjumpa dengan rakan seperjuangan yang sudah lama tidak berjumpa. Faktor jarak menjadi halangan bagi gua untuk berjumpa dengan teman seperjuangan.


Jika dulu, hari minggu sangat ditunggu. Pelbagai rancangan telah dirancang bagi mengisi masa lapang. Namun di pedalaman ini, hari minggu manjadi igauan. Sering tertanya dalam diri, mengapa hari minggu sudah tiba? Itulah ungkapan yang boleh gua lafazkan jika hari minggu menjelma.

Setiap kali hari minggu tiba, jika kosong. Tiada apa yang boleh difikirkan melainkan kampung halaman, keluarga di seberang dan sebagainya. Rindu yang teramat sangat bak lagu Rindu Serindu Rindunya.

No comments:

Post a Comment