Pergolakan Di Negara Islam - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Monday, February 21, 2011

Pergolakan Di Negara Islam

Say No To Israel

Pergolakan di negara-negara Islam semakin meruncing dengan pelbagai kejadian yang menyayat hati sehingga mengorbankan banyak nyawa orang yang tidak bersalah. Golongan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa penindasan oleh pihak yang tidak mengenal erti kemanusian.

Mengapa perkara seumpama ini berlaku?  Peperangan, pemberontakan dan sebagainya di negara-negara Islam seperti Pakistan, Palestin, Afghanistan, Mesir dan pelbagai lagi negara islam tentulah didalangi oleh kuasa-kuasa besar yang mahukan pergolakan ini berlaku. Pemacu utama pergolakan ini sudah tentulah Israel. Ini demi kepetingan mereka bagi melihat kejatuhan orang islam.

Terfikirkah kita mengapa hal seumpama ini berlaku? hal ini berlaku disebabkan pemimpin Islam itu sendiri yang telah menjalin kerjasama dengan negara bukan islam yang sudah tentunya membenci negara Islam. Maka kita sebagai manusia yang pentingkan kedamaian, marilah kita sama-sama membendung perkara ini dari terjadi dengan berdoa kepada Allah SWT dan mengeratkan perpaduan di antara kaum khususnya di Malaysia dan negara Islam yang lain secara amnya.

No comments:

Post a Comment