Remaja. Kenakalan Semakin Ketara!! - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Wednesday, January 26, 2011

Remaja. Kenakalan Semakin Ketara!!

Perubahan era globalisasi menyaksikan arus pembangunan yang semakin pesat sehingga ada segelintir masyarakat terutamanya REMAJA semakin hanyut dibawa harus pembangunan. Masalah sosial yang melibatkan remaja semakin meningkat dari hari ke hari. Kes-kes yang melibatkan remaja seperti pembunuhan, pergaduhan, lumba haram, penagihan dadah semakin ketara dari hari ke hari.


Sering kali media massa memaparkan berita tentang kedaifan remaja dalam mengecap arus pembangunan. Remaja sekarang tidak lagi seimbang dari pelbagai segi terutamanya sahsiah. Adakah sistem pendidikan gagal melaksanakan tanggungjawab membantu remaja membantuk sahsiah yang baik? Jika dilihat dari peratusan masalah yang menimpa remaja, kes-kes ini banyak dipengaruhi oleh sikap remaja itu sendiri. Di samping pengaruh luar dan media massa, remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam melakukan kesalahan.

Jika dilihat dari segi sistem pemerintahan, remaja sepatutnya menjadi agen yang penting dalam pembentukan negara maju. Namun, kita lihat remaja sekarang telah jauh hanyut dalam dunia mereka sendiri. Kebiadapan remaja sekarang semakin menjadi-jadi disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan mereka. Kuasa GURU dalam membentuk sahsiah remaja sudah hilang disebabkan ibu bapa sering menyalahkan guru jika anak mereka melakukan kesalahan, sedangkan ini berpunca dari sikap ibu bapa itu sendiri.

Wahai remaja sekalian, sedarlah bahawa hidup kita hanya sementara jadi marilah kita sama-sama mengamalkan sikap yang baik dan terpuji. Jauhkan diri kita dari perkara yang melalaikan dari mengingati ALLAH SWT.

p/s: Ibubapa sering saman, jika berlaku kes-kes yang melibatkan guru-pelajar.

No comments:

Post a Comment