Rasuah!!Adakah Menjadi Satu Kebiasaan?? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Wednesday, January 19, 2011

Rasuah!!Adakah Menjadi Satu Kebiasaan??


Di dalam dunia yang serba maju dengan rakyatnya berbilang bangsa, agama dan kaum adakah gejala rasuah ini semakin berleluasan? Melihat pada keadaan di sekeliling, kita boleh melihat dengan pandangan mata bahawa "Rasuah" ini telah menjadi satu kebiasaan dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Rasuah bukan sahaja dimonopoli oleh golongan yang berpangkat, kaya atau pemimpin, namun gejala ini telah menular dikalangan masyarakat setempat tanpa mengira pekerja dari sektor kerajaan atau swasta.

Pelbagai kempen rasuah telah dilaksanakan melalui iklan-iklan di televisyen, akhbar dan sebagainya, namun kita fikir sejenak, adakah kempen ini berkesan keatas masyarakat jika seseorang pemimpin sendiri yang melakukannya.Fikir-fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment