Melampaukah Mereka?? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Wednesday, January 19, 2011

Melampaukah Mereka??

Ketengangan yang diwujudkan oleh seorang individu yang tidak mengetahui dengan lebih jelas adat istiadat orang Melayu yang beragama Islam telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak terutama orang Melayu sendiri telah dilaporkan baru-baru ini melalui pelbagai media massa.


Jika kita lihat sekarang ini, selepas pemerintahan Tun Mahathir orang bukan Melayu sudah berani bersuara sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kemarahan orang Melayu. Sudah jelas si pengkhianat keamanan Malaysia ini sedang mengugat kestabilan perpaduan negara kita. Orang bukan Melayu telah berani bercakap tentang agama Islam sedangkan mereka tidak ada pengetahuan tentang ini.Campur tangan yang telah dilakukan ini telah menimbulkan pelbagai kemarahan orang Melayu.

Penulis sudah berasa tertekan dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir pihak yang sengaja mengapi-apikan orang Melayu sehingga mempersoalkan agama Islam. Jika pergaduhan wujud, saya khuatir Malaysia tidak akan berada dalam zon tenteram lagi. Di harap pemimpin memandang serius akan hal ini.Marilah kita bersatu menentang perkara yang tidak buruk terhadap Agama Islam kita tanpa mengira sempadan politik, ekonomi dan sosial.

Sudah jelas menunjukkan bahawa sesebuah negara yang maju bergantung kepada keamanan yang dibina bersama masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Maka, sama-samalah kita menghormati orang lain jika kita ingin dihormati.

p/s: Orang Melayu tidak pernah mempersoalkan tentang agama mereka, tetapi mengapa mereka berani membuat sedemikian..Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment