Media Massa. Adilkah Kita?* - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Tuesday, January 25, 2011

Media Massa. Adilkah Kita?*

* Entri ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik!!


Peranan media massa di era globalisasi ini memang diperlukan sebagai penyampai berita dan maklumat kepada masyarakat. Namun persoalannya adakah media massa digunakan dengan cara yang betul? Adil atau betul maklumat dan berita yang dilaporkan ini sering menjadi persoalan di kalangan masyarakat terutamanya di Malaysia.

Sesetengah media massa seperti media cetak (Akhbar) terutamanya sering menjadi pilihan masyarakat sebagai bahan rujukan dan bacaan untuk mengetahui perkembangan dunia sekeliling. Namun, jika kita fikir sendiri adakah segala berita yang dilaporkan adalah betul 100%?. Kita sebagai masyarakat yang bijak pandai perlu menggunakan keistimewaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT dengan sebaik mungkin bagi menilai betul atau salah sesuatu perkara.

Seringkali media massa seperti media elektronik (TV) dan media cetak dipolitikan sehingga berlakunya ketidakadilan dalam memberi maklumat kepada masyarakat. Apakah peranan wartawan dalam hal ini? Adakah mereka hanya menjadi kambing hitam sehingga melaporkan hal yang bukan-bukan dan melanggar etika sebagai wartawan. Sedarlah kita bahawa, setiap maklumat dan laporan palsu yang ditulis dan disebarkan akan dipersoalkan kelak oleh ALLAH SWT.

Di harap wartawan atau journalist bersikap terbuka dalam memberi maklumat yang benar tanpa mengira fahaman politik seperti yang dilakukan oleh wartawan luar negara yang memberi maklumat yang benar tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.Marilah kita menggunakan media massa dengan sebaiknya.

p/s: I'm journalist, I can be anywhere....

No comments:

Post a Comment