Malaysia vs Indonesia. Siapa Menang??? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Tuesday, January 25, 2011

Malaysia vs Indonesia. Siapa Menang???

Kontroversi dan kemelut yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia sering kali menjadi bahan bualan. Kontroversi yang sering ditimbulkan oleh segelintir rakyat Indonesia menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia. Isu membakar bendera Malaysia belum lagi reda, namun pelbagai isu yang lain telah ditimbulkan oleh pelampau di Indonesia. Mengapa hal ini sering berlaku?


Sedarkah Indonesia bahawa, Malaysia adalah negara yang sering membantu negara mereka jika terdapat bencana seperti Tsunami, Gempa Bumi, Kebuluran dan sebagainya. Indonesia sering kali melupakan jasa baik Malaysia sehingga tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT. Tidak hairanlah Indonesia sering ditimpa bencana dan musibah. Ini terjadi disebabkan kecuaian mereka sendiri dengan mengkufuri nikmat pemberian ALLAH SWT.

Entri ini bukan coretan untuk memanaskan lagi isu ini, namun dengan niat ingin memberi kesedaran kepada Indonesia secara amnya dan Malaysia secara khususnya. Tidak guna jika persengketaan ini berlarutan sehingga menimbulkan konflik yang lebih besar. Situasi ini mungkin akan merugikan kedua-dua negara. Jika hal ini berlarutan tanpa dibendung, saya percaya ada pihak ketiga akan mengambil peluang ini untuk mengapi-apikan kedua-dua negara sehinggan menimbulkan konflik yang besar seperti perang.

Marilah sama-sama kita menjalin hubungan diplomatik yang baik bagi kerana ia menguntungkan kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment