Buang Bayi! Adakah menjadi satu trend? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Friday, January 14, 2011

Buang Bayi! Adakah menjadi satu trend?

Kes pembuangan bayi sama ada yang telah mati atau masih hidup semakin menjadi-jadi. Peningkatan kes buang bayi ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Adakah kes ini telah menjadi satu trend yabg tidak dapat ditangani oleh pihak terbabit. Kes pembuangan bayi ini mungkin tidak dapat dibendung selagi tiada kesedaran dikalangan remaja mahupun orang dewasa tentang kesalahan buang bayi disisi agama.


Gejala pembuangan bayi ini terjadi disebabkan oleh keghairahan muda-mudi melayan nafsu syaitan tanpa mempedulikan halah-haram. Gejala ini semakin berleluasan selepas 9 bulan dari tempoh menyambut tahun baru, hari kekasih dan sebagainya. Remaja sekarang ini terutamanya wanita tidak segan silu menyerahkan kehormatannya kepada kekasih di mana mereka dijanjikan akan disayangi jika menyerahkan kehormatan mereka kepada pasangan.

Keluarga yang tidak dapat menerima kehadiran ahli (anak luar nikah) dalam keluarga mereka menyebabkan remaja terutamanya wanita mencari jalan mudah dengan mengugurkan kandungan mereka dan seterusnya membuang jasad yang tidak bernyawa itu di merata-rata tempat bagi menyembunyikan bukti. Namun ada juga remaja yang tidak sanggup membunuh bayi yang dikandungnya menunggu kelahiran bayi tersebut dilahirkan sebelum dibuang.

Diharap remaja, orang dewasa dan semua yang terbabit memandang serius akan kes ini dan bersama-samalah kita tangani isu pembuangan bayi ini. Sesungguhnya balasan Allah SWT itu pasti.

No comments:

Post a Comment