Akta Blog? Demokrasikah rakyat kita? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Tuesday, January 25, 2011

Akta Blog? Demokrasikah rakyat kita?


Isu blog sering dibangkitkan apabila terdapat ancaman kepada sesuatu pihak sehingga Akta Blog telah dibuat bagi menghalang perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam situasi ini, adakah kaedah ini berkesan untuk menghalang rakyat meluahkan pandangan mereka?

Jika di luar negara, rakyatnya boleh meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pemimpin negara walaupun berbeza fahaman politik tanpa sekatan. Namun  situasi ini nampak berbeza di negara kita yang berasaskan demokrasi. Demokrasikan sistem ini? Di manakan rakyat ingin meluahkan segala masalah, pandangan dan kritikan mereka jika bukan dengan menggunakan "online writing".

Tidak guna negara kita berbelanja jutaan ringgit bagi kemudahan jalur lebar, namun kemudahan ini telah dihalang. Adakah ini akan membuatkan rakyat berfikir secara global? Terus terang saya katakan, bahawa negara kita dihalang dari menggunakan jalur lebar secara meluas. Kemelut  mungkin akan berpanjangan selagi pemimpin tidak bersikap secara terbuka.

Namun rakyat seharusnya menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Rakyat juga boleh meluahkan pandangan mereka dengan menggunakan bahasa yang betul dan sopan tanpa mewujudkan sensitivi kaum dan sebagainya. 

p/s: Main internet sambil mencari info yang betul memang sukar jika tidak difahami dengan baik. "Siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya"

No comments:

Post a Comment