Kelantan vs Banjir - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Monday, November 15, 2010

Kelantan vs Banjir

Setiap hujung tahun Kelantan termasuk Terengganu dan Pahang sering kali dilanda musim tengkujuh. Musim yang sudah dijangka ini memerlukan kita sebagai orang dewasa mengambil tahu tentang pergerakan anak-anak semasa musim banjir ini melanda. Ini bertujuan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pelbagai kejadian lemas akibat banjir sering dilaporkan di media massa. Kita sebagai penjaga atau orang dewasa tahukah di mana anak kita berada sekarang ini?



Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga diri dan juga ahli keluarga di musim banjir ini. Sekarang ini adakah Kelantan khususnya sudah bersedia menerima kedatangan banjir yang dijangka melanda negeri ini pada bila-bila masa.Di harap semua rakyat Kelantan bersedia menerima kedatangan banjir dengan mengikut arahan pihak berkuasa jika di suruh berpindah dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua pihak terutama Pasukan Bomba dan Penyelamat, RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan sebagainya yang bertungkus lumus dalam menolong rakyat Kelantan yang mengalami banjir bagi proses pemindahan setiap tahun.

No comments:

Post a Comment