Perlukah Bahasa Inggeris Untuk Maju?? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Friday, October 1, 2010

Perlukah Bahasa Inggeris Untuk Maju??

Bagi mewujudkan negara bangsa yang maju, kemakmuran dan keamanan negara perlu dipertingkatkan terlebih dahulu. Namun persoalannya, adakah dengan menggunakan Bahasa Inggeris negera kita maju?? Adakah dengan menggunakan Bahasa Malaysia membuatkan negara kita mundur atau ketinggalan? Adakah fakta atau bukti yang kukuh untuk ditunjukkan bagi menjawab persoalan ini? Adakah ini hanya mainan ahli politik bagi manjatuhkan Bahasa Malaysia? Tepuk dada tanya minda.

Jika dilihat dari suduh kemajuan, untuk mencapai kemajuan iaitu Wawasan 2020, adakah Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi arus kemajuan tersebut? Adakah  keadaan ekonomi, politik dan sosial di Malaysia sudah bersedia untuk melalui arus kemajuan tersebut. Bagi pandangan saya, semua itu tidak akan terjadi jika, Malaysia sendiri telah mengetepikan Bahasa Negara mereka sendiri malah mengagungkan bahasa asing daripada mengagungkan bahasa sendiri.

Contoh yang dapat dilihat jika Malaysia tidak lagi bersedia untuk tempuhi kemajuan tersebut ialah rasuah yang semakin berleluasan, masalah sosial rakyat, pergaduhan ahli politik dan sebagainya. Adakah ini yang diagung-agungkan untuk mewujudkan negara yang maju? Adakah kerana bahasa Inggeris negara akan maju? Jika dilihat dari sudut postif, adakah Jepun, China, Thailand dan lain -lain negara mundur dan ketinggalan kerana menggunakan bahasa ibunda mereka?

Semestinya jawapannya tidak. Negara maju bergantung kepada usaha antara semua rakyat dan bukannya terletak pada bahasa. Oleh itu, marilah kita sama2 memertabatkan bahasa Malaysia dan menjadikan negara ini maju dengan menggunakan acuan sendiri tanpa menggunakan bahasa asing.

p/s: ini adalah pandangan sendiri penulis

No comments:

Post a Comment