Kick@News: Kemalangan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Sunday, October 10, 2010

Kick@News: Kemalangan

Mengkuang (10/10/10) - Satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis perodua kancil dan sebuah motosikal telah berlaku di kilometer 10 jalan Mengkuang Titi - Lunas. Kemalangan ini melibatkan pelajar di salah sebuah pusat pengajian di sini yang menunggang motosikal dalam perjalanan ingin pulang ke rumah.

Menurut saksi kejadian, kereta yang ingin membuat pusingan U telah melanggar motosikal pelajar terbabit dihadapan sebuah kedai makan berhampiran apabila pelajar terbabit tidak sempat membehentikan motosikal beliau. Pelajar yang terbabit dalam kemalangan ini hanya mengalami cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius. Kemalangan ini akan disiasat bagi menentukan punca kejadian ini berlaku.

Kick@News

No comments:

Post a Comment