Lakonan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Wednesday, August 4, 2010

Lakonan


Lakonan

Pengenalan

Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Tetapi di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran(P&P), lakonan memainkan peranan yang penting dalam memberi gambaran dan maklumat kepada murid dalam memahami dan menguasai kemahiran terutama kemahiran membaca.
Teknik lakonan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ia mempunyai kekuatan yang dapat menarik perhatian murid dalam menyertai aktiviti pembelajaran. Di samping itu juga, lakonan dapat melatih murid dalam aktiviti membaca yang melibatkan watak-watak yang dilakonkan. Apabila teknik lakonan digunakan dalam proses P & P, murid akan mendapat pelbagai kemahiran dari aspek mental dan emosi.
Lakonan juga ialah pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik lakonan yang digunakan di sekolah dapat dikendalikan dengan perancangan yang lebih baik dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan.

Tujuan teknik lakonan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

 menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tulisan dan bacaan
 mengekalkan perhatian murid dalam kelas
 membangkitkan rasa ingin tahu murid
 memudahkan proses penyampaian ilmu
 memberi kefahaman dengan lebih jelas kepada murid dalam aktiviti bacaan dan penulisan
Kebaikan teknik lakonan

 berkesan dalam penyampaian ilmu
 menghilagkan rasa gelisah dikalangan murid
 memudahkan murid fahami sebutan huruf, suku kata dan perkataan
 menarik minat murid untuk belajar membaca

Perkara yang ada dalam teknik lakonan

1) Skrip lakonan
2) Objektif lakonan
3) Watak dalam lakonan
4) Latar tempat

Skrip lakonan

 seperti yang dilampirkan

Objektif lakonan

 melibatkan murid-murid secara aktif dalam kelas
 membaiki tahap bacaan pelajar yang melibatkan pengenalan huruf, suku kata dan sebutan
 menarik minat murid-murid untuk belajar membaca

Watak

Watak utama
 Arnab
 Kucing
 Tikus
Watak sampingan
 Ayam
 Itik
 Haiwan-haiwan lain

Watak utama yang dilakonkan dalam cerita ini boleh bercakap. Tujuan utama watak ini bercakap ialah mengajar pelajar untuk menyebut huruf, suku kata dan perkataan dengan lebih jelas.
Teknik lakonan ini telah diadaptasi dalam dunia haiwan kepada dunia sebenar dimana haiwan boleh becakap. Ini bertujuan untuk mengajar pelajar teknik membaca yang betul dan lancar.

Latar tempat

 Taman haiwan

Kesimpulan

Teknik lakonan digunakan sebagai medium untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dalam membantu pelajar memahami sebutan huruf, suku kata dan perkataan. Di dalam teknik lakonan, antara kebaikan yang diperolehi oleh murid-murid ialah dapat mempelajari teknik membaca dengan lebih mendalam dan mencipta satu suasana yang ceria di dalam kelas.
Selain itu, teknik lakonan yang digunakan dapat memberi satu kefahaman tentang apa yang mereka sedang belajar. Teknik ini menekankan unsur kefahaman yang tinggi dalam mengajar murid-murid teknik sebutan huruf, suku kata dan perkataan dengan jelas dan lancar tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment